Bihun / Mi / Kuey toew

Bihun Kantonis @ Cantonese Style Mee Hoon

Tuesday, March 07, 2017

Bihun Kantonis @ Cantonese Style Mee Hoon


Lama jugak tak masak bihun gini. Asyik goreng, goreng, goreng. Goreng, goreng, goreng. Ate, itu yang senang, kan? Haaa...time tu saya suka beno order hidangan ni kalau makan di kedai. Encik suami suruh buat sendiri pulak. Sesekali beranikan diri untuk cuba masak yang lain dari kebiasaan pulak. Pelbagaikan menu. Kepada yang suka menu masakan cina, boleh cuba ini. 

Bihun Kantonis @ Cantonese Style Mee Hoon

Rujukan: anymz-mykitchen.blogspot.my

Bahan:

1/2 paket bihun putih
4 ulas bawang putih -dicincang halus
2 ketul dada ayam -dihiris
2 ekor sotong hidup -dipotong bulat
10 ekor udang hidup -dibuang kepala dan kulit (saya tak letak)
1 ketul fishcake -dihiris
1 sdb sos tiram
1 ketul kiub ayam
1 biji telur
2 sdb tepung jagung -dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji lobak merah -dipotong bulat
Sedikit kubis
 *boleh tambah baby corn, kubis bunga, sawi
1 sdt serbuk lada sulah/lada hitam
1/2 liter air
Garam
Minyak


Cara kuah:

1. Panaskan 1 senduk minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai hangus yer.
2. Masukkan ayam dan fishcake. Goreng hingga separuh masak.
3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Air boleh ditambah mengikut kesukaan.
4. Kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau sebentar.
5. Masukkan pula sayur-sayuran.
6. Masukkan telur sambil mengacau kuah supaya telur rata di keseluruhan kuah.
7. Masukkan sos tiram dan kiub ayam. Tambah garam jika perlu. Kuah tak perlu masin sangat yer.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Tak perlu masukkan semua, ikut kepekatan kuah yang digemari.
9. Masukkan serbuk lada sulah/serbuk lada hitam. Kacau sebati dan biarkan dalam kuali dengan api paling kecil.


Cara bihun:

1. Dalam kuali lain, panaskan minyak yang banyak.
2. Gunting bihun kepada 2 bahagian.
3. Ambil selapis nipis bihun dan goreng hingga menjadi kerinting.
4. Proses agak cepat dan tak perlu tunggu lama untuk angkat bihun.
5. Hidangkan bihun dalam pinggan yang lebar dan tuang kuah yang telah siap tadi ke atas bihun. Siap!!

Sesuai dimakan bersama cili padi potong yang diletak kicap!



Bihun / Mi / Kuey toew

Kuey Teow Kungfu

Monday, February 20, 2017

Kuey Teow Kungfu

Suami saya tak suka makan kuey teow. Tapi kalau buat menu ni, dia akan makan. Dua hidangan sekali hadap pun habis. Kalau setakat koey teow goreng, saya kena masak hidangan lain untuk suami. Hurmm....macam tak berapa rajin pulak kan.

Kalau makan di luar, memang selalu order kuey teow kungfu. Tapi dapat sikit jer. Tak puas makan. Jadi, saya testing buat kat rumah. Alhamdulillah, sesuai dengan tekak suami. Anak-anak pun puas makan sebab 1 portion pun besar. Masak sendiri kan....bolehlah nak buat banyak mana pun.

Kuey Teow Kungfu

Bahan kuey teow:
1 bungkus kuey teow -dibasuh sekejap dan ditos kemudian bahagi kepada 4 bahagian
8 biji telur -2 biji telur untuk setiap bahagian kuey teow
Sedikit lada putih
Minyak masak

Bahan kuah kungfu:
2 ketul dada ayam -dipotong kecil
1 biji lobak merah saiz sederhana -dihiris kecil
1 jambak sawi -dipotong kecil
1 paket putik jagung -dibelah 8
Kubis bunga
2 sdb sos tiram
1 ketul kiub ayam
4 ulas bawang putih -dicincang
3 sdb tepung jagung -dibancuh dengan 1/2 cwn air masak
1 jag air
Lada putih
Kicap cair
Garam
Minyak masak
Cili padi -dihiris nipis

Cara:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam kuali.

2. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, masukkan sedikit lada putih dan kocak. Ambil sebahagian kuey teow dan kacau sekali dengan telur dalam mangkuk.

3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak, kemudian tuang campuran kuey teow dan telur ke dalam kuali dan laraskan api kepada sederhana besar sahaja. Setelah bahagian dasar masak, terbalikkan kuey teow dan masak yang sebelah lagi. Tekan sedikit untuk pastikan tiada telur yang masih cair. Angkat dan letak dalam pinggan.

Ini hasilnya, macam masak telur dadar tu jer.

4. Teruskan proses yang sama sehingga habis kuey teow. 

5. Proses menyediakan kuah kungfu dimulakan dengan memanaskan 5 sudu makan minyak masak dalam kuali yang sama. Kecilkan sedikit api.

6. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning sedikit. Jangan sampai coklat nanti tak sedap.

7. Masukkan hirisan dada ayam. Boleh tambah udang dan sotong jika suka. Kacau hingga ayam separa masak.

8. Tuang air ke dalam kuali dan masukkan kiub ayam. Boleh juga ganti dengan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.

9. Masukkan putik jagung, lobak merah, sawi dan kubis bunga. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau.

10. Perasakan dengan lada putih, kicap cair dan garam. Laraskan bahan-bahan tersebut mengikut citarasa anda.

11. Tuang sedikit demi sedikit larutan tepung jagung hingga mendapat kepekatan kuah yang disukai. Tunggu mendidih sedikit dan siap!!

12. Sendukkan kuah ke atas kuey teow yang telah disediakan tadi.

Puas hati dapat makan banyak!! Hihihi
Bolehlah dinikmati panas-panas bersama cili padi kicap. Terangkat uii !!!

Like us on Facebook

Flickr Images