Pai Shepherd Ariana Rose
Sunday, October 29, 2017Pai Shepherd Ariana Rose |
Memang dah lama mommy nak buat shepherd pie ni. Lama sangat. Sejak tengok drama rangkaian Ariana Rose. Kikikiki...Masa tu Tengku Adam dengan Ariana Rose makan kat hotel. Tengku Adam order Shepherd Pie. Start dari situ mommy pun tetiba teringin nak makan shepherd pie ler konon. Hahahaha...drama sangat tau.
Beberapa tahun lepas tu, dalam group whatsapp sekolah menengah pulak. Ada sahabat lama Puan Nurul Iman buat shepherd pie untuk bekal sekolah anak-anaknya. Alahai... teringat balik kat drama Ariana Rose. Lepas bertahun pun masih mommy tak dapat merasa shepherd pie ni. Syahdu jer bunyinyer kan. Tak tau la sama ada tak pernah jumpa atau memang sengaja tak beli.
Berbulan-bulan lepas tu pulak tetiba bahan-bahan yang diperlukan tu semuanya ada. Kecuali beberapa bahan yang tak berapa penting la kan. Dengan keazaman nak makan shepherd pie, dan kerajinan yang masih membara, mommy pun gagahkan diri sediakan menu kudapan kita ni. Kudapan ker? Hahahaha...
Eh, ni kalau beli, mangkuk saiz macam mommy buat ni mau rm7 harganya tau. Haaa.... ni mommy buat sendiri, makan la puas-puas. Kalau ikut yang dah masuk dalam perut Ulin tu, mau rm30-rm40 dah regenya. Herrrmmmm.....tapi tu la...Arman tak berapa suka. Soffiya tak reti nak makan lagi menu-menu macam ni. Ilan ok la...telan jugak dalam 2 ketul. Daddy? Sib baik dia suka. Mommy of course la suka. Gila tak suka makanan western macam ni? Dah la hasilnya mak datuk mabeles!!!! Sedap kot resepi chef ni.
Post kali ni banyak gambar. Sampai mommy terpaksa pilih-pilih. Tapi still banyak jugak gambar. Takpe...biorkan. Mommy suka blog yang banyak gambar. Baru la terhibur para pengunjungnya. Jom buat shepherd pie!
Semuanya secukup rasa. Alahai...teringat plak kat pie ni. Kena buat lagi ni. |
Pai Shepherd Ariana Rose
Rujukan : Buku '1 Hari 1 Resepi' Chef Hanieliza
Bahan-bahan inti :
500 gram daging kisar
1 labu bawang besar -dipotong dadu
1 ulas bawang putih -dicincang halus
1 cawan kacang panggang (mommy guna 1 tin besar)
8 biji cendawan butang -dibelah 4 atau 6 (mommy guna 1 tin besar)
5 biji tomato ranum -dipotong dadu (mommy gantikan dengan 4 sdb sos tomato)
1 batang lobak merah -dipotong dadu
1 pokok daun parsley -dicincang (mommy skip bahan ni)
1 sdb tepung jagung -dibancuh dengan 1 cawan air (mommy guna ½ cawan air sahaja)
1 sdb serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan pai :
1 kg kentang -dipotong dadu
½ cawan susu segar
2 sdb mentega
1 sdt lada sulah
1 sdt garam halus
Daun parsley kering untuk hiasan
Air bagi merebus kentang secukupnya
Mangkuk aluminium dengan saiz kesukaan (mommy beli macam dalam gambar)
Cara-cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca terlebih dahulu dan ketepikan untuk proses seterusnya nanti.
Bawang besar, bawang putih, lobak merah dan cendawang butang. |
Cendawan butang dan kacang panggang dengan tin saiz besar. |
Daging kisar akan mengeluarkan air yang akan membantu proses memasak ini. |
Setelah daging masak, masukkan kacang panggang, lobak merah, stok daging, serbuk lada hitam, sos tomato dan garam. |
Inti yang telah siap dimasak diketepikan dahulu. |
Cara-cara membuat pai :
1. Masukkan kentang ke dalam periuk dan tuang air hingga paras kentang sahaja. Masukkan secubit garam dan rebus kentang sehingga airnya kering.
2. Lenyek kentang ketika masih panas dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega. Sebatikan.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium dan ratakan sedikit.
4. Masukkan pula inti dan ratakan. Tutup inti dengan kentang dan ratakan bahagian atasnya.
5. Taburkan sedikit parsley kering di atas kentang tadi.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pai dengan suhu 190⁰C selama 30 minit. Suhu membakar ikut oven masing-masing yer.
7. Setelah 30 minit, siap dah Shepherd Pie kita!!!! Tunggu suam-suam, boleh la makan dah.
Kentang yang dipotong dadu. |
Rebus kentang dengan air separas kentang atau kurangkan sedikit. |
Kentang yang telah siap dilenyek dan diperisakan. |
Saiz cup 7.5cm X 5cm. |
Dalam mangkuk, masukkan kentang-inti-kentang-parsley kering. Ni cara mommy. Resepi asal, tak perlu kentang di bawah yer. |
Panaskan oven 15 minit, lepas tu bakar pai selama 30 minit dengan suhu 190⁰C. |
Dibakar cantik keperang-perangan gitewww. |
Puas hati dapat makan macam ni. |
Nampak macam ada cheese lak. Tapi tidak. Ia adalah kentang! |
Mommy dapat 16 ketul saiz macam ni. |
Nak kena repeat buat ni. Nyum..nyum... |
Sesuai untuk minum petang dan majlis keramaian. Confirm tak cukup semangkuk kecil tu tau!!!
0 comments