Ayam

Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah

Friday, December 08, 2017

Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah
Ok, mommy tak ingat bila mommy buat chicken ball ni. Tapi rasanya masa tu kita dah pindah ke rumah BSP. Mommy tak upload resepi tu ke blog sebab masa tu blog lama mommy domainnya dah kena suspend sebab tak bayo. Hihihi...ye la, kita pun bukan selalu senang. Akhirnya blog yang dah mommy usahakan dari tahun 2011 tu terpaksa berkubur dan mommy mulakan semula dalam blog sekarang. Jenuh weh, nak cari gambar-gambar lama. Mujur masih disimpan dalam laptop. Elok jer mommy settle buat balik blog ni, laptop pun rosak. Huhuhuhu...

Actually boleh jer beli nugget atau chicken ball yang ready made kan. Tapi, saja la nak try buat sendiri. Mommy pun tak ingat dari blog mana mommy rujuk resepi chicken ball ni. Mommy harap tuan punya resepi halalkan la resepi yang mommy siarkan dalam blog ni. Jom kita baca dan cuba resepi ni.


Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah


Bahan-bahan :

4 ketul isi ayam -dicincang/dikisar kering
1 bj telur -dikocak
2-3 sdb tepung jagung
1 ketul kiub ayam Maggi (mommy guna perencah mi Maggi ayam)
Sedikit garam -jika perlu
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Gaul sebati semua bahan kecuali serbuk roti.
2. Kemudian bentukkan bulat-bulat menjadi bebola sebesar bola pingpong. Jangan terlalu besar kerana dikhuatiri isi di dalam tidak masak dengan baik ketika menggoreng nanti.
3. Golekkan atas serbuk roti sehingga rata ke seluruh permukaan bebola. Golekkan sehingga habis bebola yang telah dibentuk tadi.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Setelah minyak betul-betul panas, kecilkan sedikit api dan mula la menggoreng.
6. Balik-balikkan bebola agar masak sekata.
7. Setelah bebola bertukar ke warna keemasan, bolehlah diangkat dan ditos dengan kertas tisu dapur.
8. Bila dah sejuk sikit, bolehlah dihidang dan dinikmati dengan sos cili Thai.

Jika adunan agak lembik, boleh capurkan sedikit serbuk roti ke dalam campuran ayam.

Seafood

Masak Lemak Cili Api Sotong Dengan Buncis Dan Tauhu

Friday, December 08, 2017

Masak Lemak Cili Api Sotong Dengan Buncis Dan Tauhu

Cerita sikit pasal Ilan dan Arman. Arman dah boleh pakai seluar dah di hari ke-12 berkhatan. Ilan masih tak berani lagi. Arman dah berani nak berlari-lari. Tapi mommy ingatkan supaya jangan lasak sangat lagi. Mommy takde pengalaman jaga orang sunat, so mommy minta dia berhati-hati jer la.

Ilan pula memang jenis penakut. Dah elok pakai seluar pagi semalam, dia tukar pakai kain semula. Tak selesa katanya. Mommy kata kena practice jugak la sebab esok lusa ni kita nak pergi kenduri. Takkan dia nak berkain pulak pergi kenduri kan? Tak memasal tular lak kang. Tular tu viral la. Masa ni, penggunaan tular masih baru. Sebab selama ni orang guna perkataan 'viral' jer. Hihihi

Nampak tak sotong, kacang buncis dan tauhu??? Nampak???

Ok, kita masuk cerita sotong pula. Selalunya bila masak sotong, mommy akan hiris sotong tu jadi macam cincin. Tapi kali ni macam malas pulak nak potong. Kebetulan sotongnya tak berapa besar. Saiz kecil-kecil jer. So, mommy decided untuk biarkan sotong tu bulat gitu jer.

Kerajinan yang tak berapa nak ada tu mendatangkan idea untuk masukkan buncis dan tauhu yang berbaki. Dah lama daddy beli tauhu tu so kena perabeh. Kalau tak, rugi jer terbuang. So jadi la menu hari ni. Lauk dan sayur bergabung sama. Memang selalu buat kan. Haha

Sotong berenang di lautan lemak kuning. Hahaha


Masak Lemak Cili Api Sotong Dengan Buncis Dan Tauhu


Bahan-bahan :

15 ekor sotong hidup
2 inci kunyit hidup -ditumbuk
10 tangkai cili padi -ditumbuk
1 biji bawang merah saiz sederhana -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
2 batang serai -diketuk
1 keping asam gelugur
¾ cawan santan pekat -ikut citarasa
1 cawan air -ikut citarasa
15 tangkai kacang buncis -dipotong serong
2 ketul tauhu -dipotong 6
1 ketul kiub ikan bilis -jika suka
Sedikit garam
Sedikit gula -jika perlu


Cara-cara :

1. Bersihkan sotong terlebih dahulu. Buang kulit, tulang, dakwat, mata dan giginya. Isi dalam badan sotong pun korek keluar yer. Kadang-kadang dalam badan sotong tu ada ikan atau sotong kecil, malah ada pasir juga. Jadi, pastikan dikorek kecuali kalau ada telur sotong, yang tu boleh disimpan jer dalam badan sotong. Bilas bersih.
2. Dalam kuali, masukkan air, bahan tumbuk dan serai. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan asam gelugur. Kacau seketika.
4. Bila sotong mula mengembung, masukkan kacang buncis dan tauhu.
5. Tuang santan mengikut kesukaan. Jika mahu kuah yang lemak, lebihkan santan. Jika mahu tambah air selepas masukkan santan, lebih elok gunakan air masak. Kacau.
6. Masukkan kiub pati ikan bilis. Jika perlu, masukkan juga sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa yang diingini.
7. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan hidangkan.

Makan dengan nasi putih, sekali dengan ikan goreng cicah sambal kicap. Fuhhh, meletup dalam mulut.

Boleh tambah cili merah atau lobak merah untuk kesan warna yang lebih menarik.

Daging

Paprik Daging

Thursday, December 07, 2017

Paprik Daging

Ni minggu kedua jaga Arman & Ilan bersunat. Alhamdulillah makin ok dan hari ni dah boleh pakai seluar. Tak payah pakai kain dah. Cumanya postur badan belum betul lagi. Deme jalan condong sebab taknak bagi kain kena burung. Haish, jalan jer la tegak. Minggu ni dah nak jalan-jalan dah kot. Hadeih...

Closed up sikit.
Ok takpe, yang mommy nak cerita ni pasal menu kali ni. Ni lauk semalam. Punya la tak tau nak masak apa. Lagipun mommy selsema so mood masak kureng. Mommy cadang gabungkan sayur dengan lauk, pastu tambah telur dadar. Makanya paprik daging la yang jadi pilihan. Boleh la lauk ni, cuma kena hiris daging yang boring tu.

Jom la tengok bahan-bahannya yer. Bahan semua simple jer. Tak payah nak pening kepala. Campur-campur sos jer. Kikiki...

Dalam kuali pun ambil gambar jugak.


Paprik Daging


Bahan-bahan :

300 gram daging lembu -dihiris nipis
½ batang lobak merah -dihiris
10 batang kacang buncis -dihiris serong
1 mangkuk kecil kubis bunga -dipotong kecil
4 batang putik jagung -dihiris
1 tangkat cili merah -dihiris serong
1 biji bawang mesar -dihiris bulat
1 sdb pes tomyam
1 sdb kicap pekat
5 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
3 sdb sos tiram
5 helai daun limau purut -tak letak sebab takde pula masa ni
2 batang serai -diketuk
5 tangkai cili padi -diketuk
2 ulas bawang putih -diketuk
½ cawan air -ikut citarasa
3 sdb minyak masak
Garam jika perlu


Cara-cara :

1. Daging yang telah dihiris dibasuh dengan tepung gandum dan ditos.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumis bawang putih dan serai sehingga wangi.
3. Masukkan daging tadi dan kacau rata. Masukkan sedikit air supaya daging dapat dimasak empuk.
4. Bila daging dah empuk, masukkan lobak merah, pes tomyam, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan sayur-sayuran lain, cili merah, cili api dan kacau rata. Masukkan lagi air
6. Perisakan dengan garam jika perlu.
7. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan bawang besar. Kacau rata dan kemudian tutup api. Siap!!

Kalau ada daun limau purut lagi sedap baunya!
Pelbagaikan sayuran mengikut kesukaan masing-masing.

Ayam

Ayam Masak Lemak CIli Api Dengan Fungus Hitam

Tuesday, December 05, 2017

Ayam Masak Lemak CIli Api Dengan Fungus Hitam

Lama betul mommy tak update blog. Menu dalam entry kali ni pun dah lama buat. Baru ni nak upload. Masa tu kita busy dengan hari penyampaian hadiah dan persembahan sekolah Ulin & Ilan, lepas tu busy konsert akhir tahun Arman pula. Elok habis semua tu, Ilan & Arman pula berkhatan. Mommy pun busy jaga kome. Mary Kay pun tergandala kejap.

Ni kebetulan daddy dah install aircond kat bilik kerja ni, boleh la melepak lama sikit. Pagi ni pun daddy beli nasi lemak so tak payah mommy nak terkejar-kejar masak untuk orang berpantang.

Baiklah, menu kali ni diinspirasikan oleh lauk kenduri jiran di Seremban. Masa tu lauk kenduri tu ialah masak lemak cili api fungus hitam! Something yang agak lain dari kebiasaan. Fungus masak lemak. Last mommy makan fungus masa kita makan mi tarik kat Cyberjaya. Mommy order mi tarik fungus.

So, bermula la pemburuan fungus hitam. Mujur kita nampak masa shopping kat Giant. Mahal jugak sepeket tu. Berapa jer gram dia. Tapi bila rendam tu banyak pula. Takpe, mommy boleh makan. Don't worry. Tapi, ajaib juga bila daddy pun makan. Masa kat kenduri tu makan jugak dia. Tu yang mommy confident nak masak fungus. Kita tengok resepi lah yer.

Fungus hitam dan ayam masih dalam kuali.


Ayam Masak Lemak CIli Api Dengan Fungus Hitam


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam -dipotong kecil (ikut suka nak potong beso mana)
2 inci kunyit hidup -ditumbuk
10 biji cili padi -ditumbuk
2 batang serai -diketuk
1 cawan santan (ikut selera masing-masing)
100 gram fungus hitam -direndam selama 2 jam terlebih dahulu
1 keping asam gelugor
Garam
Air


Cara:

1. Masukkan ayam, serai berserta cili padi dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Dengan api sederhana, gaul rata dan biarkan ayam mengecut bersama bahan-bahan tadi. Tutup kuali dengan tudung periuk supaya proses masak lebih cepat.
2. Sesekali gaul bahan-bahan dalam kuali tadi. Tutup semula. Biar sehingga ayam mengeluarkan airnya dan menjadi kecut atau separuh masak.
3. Setelah air ayam hampir kering dan ayam menjadi separuh masak, tuang air secukupnya.
4. Sementara itu, koyak-koyakkan kepada kepingan yang lebih kecil fungus hitam yang telah direndam tadi. Masukkan fungus hitam ke dalam kuali dan biarkan air tadi mendidih supaya fungus lembut sedikit.
5. Setelah ayam empuk dan fungus menjadi lembut, masukkan santan dan asam gelugor. Pastikan sentiasa dikacau.
6. Masukkan garam mengikut selera dan tunggu mendidih sebentar. Jangan biarkan didih lama. Tutup api dan hidangkan.

Macam asam keping pun ada rupa fungus ni.
Lagi banyak fungus, lagi berselera makan. Sebab sedap nak kunyah dan ratah fugus hitam tu.

Like us on Facebook

Flickr Images