Ayam

Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah

Friday, December 08, 2017

Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah
Ok, mommy tak ingat bila mommy buat chicken ball ni. Tapi rasanya masa tu kita dah pindah ke rumah BSP. Mommy tak upload resepi tu ke blog sebab masa tu blog lama mommy domainnya dah kena suspend sebab tak bayo. Hihihi...ye la, kita pun bukan selalu senang. Akhirnya blog yang dah mommy usahakan dari tahun 2011 tu terpaksa berkubur dan mommy mulakan semula dalam blog sekarang. Jenuh weh, nak cari gambar-gambar lama. Mujur masih disimpan dalam laptop. Elok jer mommy settle buat balik blog ni, laptop pun rosak. Huhuhuhu...

Actually boleh jer beli nugget atau chicken ball yang ready made kan. Tapi, saja la nak try buat sendiri. Mommy pun tak ingat dari blog mana mommy rujuk resepi chicken ball ni. Mommy harap tuan punya resepi halalkan la resepi yang mommy siarkan dalam blog ni. Jom kita baca dan cuba resepi ni.


Chicken Ball Yang Simple Dan Mudah


Bahan-bahan :

4 ketul isi ayam -dicincang/dikisar kering
1 bj telur -dikocak
2-3 sdb tepung jagung
1 ketul kiub ayam Maggi (mommy guna perencah mi Maggi ayam)
Sedikit garam -jika perlu
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Gaul sebati semua bahan kecuali serbuk roti.
2. Kemudian bentukkan bulat-bulat menjadi bebola sebesar bola pingpong. Jangan terlalu besar kerana dikhuatiri isi di dalam tidak masak dengan baik ketika menggoreng nanti.
3. Golekkan atas serbuk roti sehingga rata ke seluruh permukaan bebola. Golekkan sehingga habis bebola yang telah dibentuk tadi.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Setelah minyak betul-betul panas, kecilkan sedikit api dan mula la menggoreng.
6. Balik-balikkan bebola agar masak sekata.
7. Setelah bebola bertukar ke warna keemasan, bolehlah diangkat dan ditos dengan kertas tisu dapur.
8. Bila dah sejuk sikit, bolehlah dihidang dan dinikmati dengan sos cili Thai.

Jika adunan agak lembik, boleh capurkan sedikit serbuk roti ke dalam campuran ayam.

Western

Pai Shepherd Ariana Rose

Sunday, October 29, 2017

Pai Shepherd Ariana Rose

Memang dah lama mommy nak buat shepherd pie ni. Lama sangat. Sejak tengok drama rangkaian Ariana Rose. Kikikiki...Masa tu Tengku Adam dengan Ariana Rose makan kat hotel. Tengku Adam order Shepherd Pie. Start dari situ mommy pun tetiba teringin nak makan shepherd pie ler konon. Hahahaha...drama sangat tau.

Beberapa tahun lepas tu, dalam group whatsapp sekolah menengah pulak. Ada sahabat lama Puan Nurul Iman buat shepherd pie untuk bekal sekolah anak-anaknya. Alahai... teringat balik kat drama Ariana Rose. Lepas bertahun pun masih mommy tak dapat merasa shepherd pie ni. Syahdu jer bunyinyer kan. Tak tau la sama ada tak pernah jumpa atau memang sengaja tak beli.

Berbulan-bulan lepas tu pulak tetiba bahan-bahan yang diperlukan tu semuanya ada. Kecuali beberapa bahan yang tak berapa penting la kan. Dengan keazaman nak makan shepherd pie, dan kerajinan yang masih membara, mommy pun gagahkan diri sediakan menu kudapan kita ni. Kudapan ker? Hahahaha...

Eh, ni kalau beli, mangkuk saiz macam mommy buat ni mau rm7 harganya tau. Haaa.... ni mommy buat sendiri, makan la puas-puas. Kalau ikut yang dah masuk dalam perut Ulin tu, mau rm30-rm40 dah regenya. Herrrmmmm.....tapi tu la...Arman tak berapa suka. Soffiya tak reti nak makan lagi menu-menu macam ni. Ilan ok la...telan jugak dalam 2 ketul. Daddy? Sib baik dia suka. Mommy of course la suka. Gila tak suka makanan western macam ni? Dah la hasilnya mak datuk mabeles!!!! Sedap kot resepi chef ni.

Post kali ni banyak gambar. Sampai mommy terpaksa pilih-pilih. Tapi still banyak jugak gambar. Takpe...biorkan. Mommy suka blog yang banyak gambar. Baru la terhibur para pengunjungnya. Jom buat shepherd pie!


Semuanya secukup rasa. Alahai...teringat plak kat pie ni. Kena buat lagi ni.


Pai Shepherd Ariana Rose

Rujukan : Buku '1 Hari 1 Resepi' Chef Hanieliza


Bahan-bahan inti :

500 gram daging kisar
1 labu bawang besar -dipotong dadu
1 ulas bawang putih -dicincang halus
1 cawan kacang panggang (mommy guna 1 tin besar)
8 biji cendawan butang -dibelah 4 atau 6 (mommy guna 1 tin besar)
5 biji tomato ranum -dipotong dadu (mommy gantikan dengan 4 sdb sos tomato)
1 batang lobak merah -dipotong dadu
1 pokok daun parsley -dicincang (mommy skip bahan ni)
1 sdb tepung jagung -dibancuh dengan 1 cawan air (mommy guna ½ cawan air sahaja)
1 sdb serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-bahan pai :

1 kg kentang -dipotong dadu
½ cawan susu segar
2 sdb mentega
1 sdt lada sulah
1 sdt garam halus
Daun parsley kering untuk hiasan
Air bagi merebus kentang secukupnya

Mangkuk aluminium dengan saiz kesukaan (mommy beli macam dalam gambar)

Cara-cara membuat inti :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca terlebih dahulu dan ketepikan untuk proses seterusnya nanti.


Bawang besar, bawang putih, lobak merah dan cendawang butang.




















Cendawan butang dan kacang panggang dengan tin saiz besar.
Daging kisar akan mengeluarkan air yang akan membantu proses memasak ini.
Setelah daging masak, masukkan kacang panggang, lobak merah, stok daging, serbuk lada hitam, sos tomato dan garam.


Inti yang telah siap dimasak diketepikan dahulu.

Cara-cara membuat pai :


1. Masukkan kentang ke dalam periuk dan tuang air hingga paras kentang sahaja. Masukkan secubit garam dan rebus kentang sehingga airnya kering.
2. Lenyek kentang ketika masih panas dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega. Sebatikan.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium dan ratakan sedikit.
4. Masukkan pula inti dan ratakan. Tutup inti dengan kentang dan ratakan bahagian atasnya.
5. Taburkan sedikit parsley kering di atas kentang tadi.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pai dengan suhu 190⁰C selama 30 minit. Suhu membakar ikut oven masing-masing yer.
7. Setelah 30 minit, siap dah Shepherd Pie kita!!!! Tunggu suam-suam, boleh la makan dah.


Kentang yang dipotong dadu. 
Rebus kentang dengan air separas kentang atau kurangkan sedikit.

Kentang yang telah siap dilenyek dan diperisakan.
Saiz cup 7.5cm X 5cm.
Dalam mangkuk, masukkan kentang-inti-kentang-parsley kering. Ni cara mommy. Resepi asal, tak perlu kentang di bawah yer.
Panaskan oven 15 minit, lepas tu bakar pai selama 30 minit dengan suhu 190⁰C.
Dibakar cantik keperang-perangan gitewww.
Puas hati dapat makan macam ni. 

Nampak macam ada cheese lak. Tapi tidak. Ia adalah kentang!


Mommy dapat 16 ketul saiz macam ni.
Nak kena repeat buat ni. Nyum..nyum...

Sesuai untuk minum petang dan majlis keramaian. Confirm tak cukup semangkuk kecil tu tau!!!

Ikan

Grilled Salmon With White Sauce

Monday, February 20, 2017

Grilled Salmon With White Sauce

Ikan memang kegemaran saya sebenarnya. Mungkin dari kecil mak ajar kami adik-beradik makan ikan. Dan Salmon adalah salah satu yang saya kerap order kalau makan di restoran yang menyediakan masakan western. Sekarang ni nak makan selalu tak dapat la sebab mahal kot salmon ni. Pastu ikan mana kenyang sangat kan.

Ni first time saya buat resepi ni. Pada saya ni kira menjadi la walaupun kuahnya terpekat sedikit. Sebab bila sejuk kuah akan lebih pekat. So masa masak tu biar dia cair sikit takpe. Next time buat, saya upload gambar yang baru.

Grilled Salmon With White Sause
(Salmon Panggang Dengan Sos Putih)

Rujukan: lilkiddo.com

Bahan salmon:
1 ketul ikan salmon
1 sdb butter
3 ulas bawang putih -ditumbuk
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 sdt perahan lemon

Bahan sos:
2 sdb butter
1/2 biji bawang besar -dicincang
1 sdb tepung gandum
1/2 sdt daun parsli kering -boleh ganti herb lain ikut apa yang ada kat rumah
1 cwn susu segar/susu cair
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam

Cara salmon:
1. Satukan serbuk lada hitam, bawang putih dan garam. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan salmon.
2. Lumurkan pula perahan lemon dan butter hingga sebati. Perap selama 10-15 minit.
3. Setelah perap, panaskan kuali dan panggang salmon dalam 10-15 minit. Jangan terlalu lama untuk elakkan salmon menjadi keras. Ketepikan.

Cara sos:
1. Panaskan butter dalam periuk kecil. Goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih sambil kacau yer. Tak perlu tambah tepung lagi yer nanti jadi terlalu pekat macam 1st time saya buat tu.
4. Setelah mendidih, bolehlah matikan api dan mula mendeko salmon panggang anda yer.

Saya makan dengan kentang goreng serta buncis dan carrot rebus. Nyumssss!!!

Like us on Facebook

Flickr Images