Petola Masak Air

Thursday, April 27, 2017


Petola Masak Air


Ini first time Mommy masak sayur petola. Dah lama sebenarnya nak masukkan dalam menu hidangan kita. Tiap kali ke pasar tani, asyik nampak encik Bangla jer beli. Yang kita ni tak beli-beli pun. Kalau makan di kedai nasi campur, memang petola la yang Mommy akan ambil. Tu pun kalau ada la. Dan Mommy pun dah tak ingat bila last kita makan nasi campur kat kedai.

Kebetulan Opah (mak Mommy) sedang jaga Nenek (onyang ulin ilan arman copia) yang tak sihat sekarang ni. Jadi, sayur petola ni antara sayur yang Nenek suka. So, Mommy tanya la Opah, caner nak pilih petola. Sebab tak pernah beli kan. Opah kata pilih yang warna hijaunya cantik dan segar. Ok lah. Makanya bila ke kedai belakang Petronas tu, Mommy pun pilih la petola berdasarkan petua Opah tu.

Kalau ikutkan petola ni sedap dimasak lemak putih. Tapi Mommy buat masak air jer. Sebab Mommy dah buat lauk yang bersantan. Tak perlu la sampai dua lauk guna santan. Tak baik untuk kesihatan ok. Kalau boleh kurangkan makanan bersantan. Tapi tu la...makanan Melayu ni banyak guna santan.

Takpe, nanti bila besar, insyaallah anak-anak Mommy sendiri akan pandai susun atur menu sendiri. Jom la...tengok betapa mudahnya nak buat petola masak air ni.

Ratah lauk ni saja pun sedap. Boleh la untuk yang nak berdiet!


Petola Masak Air


1 biji petola
1 sdb udang kering
1/2 biji bawang besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 sdt sos tiram
Suun
Garam
Air


Cara :

1. Rendam udang kering dan suun. Ketepikan.
2. Buang kulit petola guna peeler atau guna pisau biasa. Tinggalkan bahagian isi yang lembut sahaja. Hiris dengan ukuran 1 inci lebar.
3. Dalam periuk, masukkan petola, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Tuang air sehingga petola tenggelam. Hidupkan api dan biar hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan suun dan kacau lagi sehingga suun dan petola lembut.
6. Perisakan dengan garam, kacau dan hidangkan.

Boleh juga masukkan sekali sayur fucuk dan ianya juga boleh jadi lauk diet!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images