Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Friday, April 21, 2017

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa


Lama betul ambil masa nak masukkan entry ni. Ntah bila kita makan ikan cencaru aka ikan jaket ni. Rasanya sebelum opah dan tok datang kan? Busy sangat Mommy ni kan. Lebih kepada tak sempat sebenarnya. Soffiya tak sihat sebab dia selsema dan batuk. So, memerap lebih. Lepas menyusu, Soffiya tidur atas riba Mommy. Tapi bila nak letak kat atas katil, dia terjaga pastu menangis. Kena susukan semula. Selain daripada tu, dia pantang tengok Mommy on laptop. Mula la dia nak rebut tengok youtube guna laptop. Dengki tau.

Ishh...jadi lapo plak tengok balik gambar ni.


Sejak akhir-akhir ni, kita agak selalu jugak makan lauk selain ayam kan? Alhamdulillah. Dapat jugak Mommy ajar anak-anak Mommy makan ikan, udang, sotong dan daging. Kalau makan ayam jer nanti risau korang taknak makan lauk lain. Allah dah atur elok dah. Bila Mommy bekerja, banyak perkara yang terhad untuk kita. Tapi selepas Mommy korbankan pekerjaan Mommy untuk duduk di rumah sebagai surirumah, rezeki kita bertambah dari pelbagai sudut. Perasan tak? Thank you Daddy, sebab kerja kuat untuk keluarga kita.

Okeh...jomlah Mommy ajar secara teori macam mana nak sediakan menu kali ni. Tak susah pun sebenarnya. Tapi kalau dapat fokus kat dapur tanpa gangguan, cepat jer dah siap.



Ikan Cencaru Sumbat Kelapa (Ikan Jaket)


4 ekor ikan cencaru saiz sederhana -dibelah belakang
1 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
4 biji cili padi -ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup -ditumbuk
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit minyak


Cara:

1. Bersihkan ikan, lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Tumbuk separa halus kesemua bahan tumbuk.
3. Dalam kuali, letak sedikit minyak dan goreng bahan tumbuk bersama kelapa parut. Goreng sebentar dengan api sederhana sehingga sebati dan naik bau. Angkat.
4. Sumbatkan kelapa yang telah digoreng tadi ke dalam perut ikan dan bahagian belakang ikan.
5. Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak.
6. Dengan api sederhana kecil, letak ikan yang telah disumbat dengat kelapa.
7. Setelah satu sisi masak, balikkan ikan untuk masak sisi yang satu lagi.
8. Setelah kedua-dua sisi masak, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Saya makan dengan pajeri terung. Masyaallah...terangkat dan bertambah-tambah nasi!!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images