Hati Lembu Masak Kicap
Tuesday, March 07, 2017Hati Lembu Masak KIcap |
Sesetengah orang tak makan hati lembu. Tapi resepi ni untuk yang makan lah yer. Hehe... Ini antara lauk kegemaran saya ketika pantang bersalin. Almaklum bersalin tu kan banyak darah keluar. So, kita kena tambah darah baliklah. Hati lembu dikatakan boleh tambah darah. Betul ker tak? Saya pun tak tau. Yang pasti, alhamdulillah hb darah saya normal. Siap nurse tanya saya makan apa untuk dapat hb setinggi itu. Hmmm....banyak faktor. Sebab selain makan hati lembu, saya makan Gamogen jugak. Yang tu google sendiri yer. Sebab saya tak jual. Hihi...
Hati Lembu Masak Kicap
Bahan:
1/2 kg hati lembu
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia -dihiris
4 biji cili padi -diketuk/hempap dengan pisau
1 sdb sos tiram
1/4 cwn minyak
Kicap manis secukupnya (saya guna jenama Kipas Udang)
Nampak tak minyak dia? Tu yang sedap makan dengan nasi weh...Huhuhuhu |
Cara:
1. Bersihkan hati lembu dengan tepung gandum. Potong kecil.
2. Dalam kuali, panaskan minyak.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga layu.
4. Masukkan hati lembu yang telah dipotong tadi.
5. Goreng hingga betul-betul masak. Boleh ambil 1 dan potong bahagian tengah untuk pastikan tidak mentah.
6. Masukkan sos tiram dan tuang kicap mengikut citarasa. Gaul sebati.
7. Masukkan bawang besar dan goreng lagi hingga bawang layu. Siap!!
Makan kering-kering dengan nasi putih panas. Pergh...mau habis nasi seperiuk ni. Huhu
0 comments