Cili Kisar Cara Saya
Friday, March 10, 2017
Okeh, dalam resepi-resepi yang saya kongsikan dalam blog ni banyak yang guna cili kisar. Cili kisar saya ni sudah termasuk dengan bahan-bahan lain juga. Bukan cili semata-mata yer. Ada sesetengah orang guna cili boh. Saya tak berapa suka dengan cili boh. Saya tak reti nak adjust masakan saya kalau guna cili boh. Maka saya lebih suka guna cili kisar yang saya hasilkan sendiri. Lain orang lain cara. Ikut la mana-mana senang dan sesuai.
Saya suka buat sebekas besar dan simpan dalam peti sejuk. Buat stok siap-siap senang. Nak guna, cedok jer. Nak goreng mi, bihun, buat sambal nasi lemak, ayam masak merah, semua nak guna cepat tu. Tambah-tambah saya memang bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah. Takkan pukul 5pagi nak masak bihun goreng, jam itu jugak nak blend cili yer dak? Kacau jenjiran nak tido jer. Hihihi.... So, kesimpulannya, buat la lebih supaya senang nak masak!
Cili Kisar
Bahan:
1 mangkuk cili kering kerinting
6 biji bawang besar -campur bawang kecil lagi sedap
1 labu bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
3 sdb minyak masak
1/2 cwn air -untuk kisar (boleh tambah sikit-sikit ikut keperluan)
Air -untuk rebus cili
Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan belacan. |
Guna bakul untuk tapis keluar biji cili kering. |
Agak-agak sukatan cecair tak lebih separuh dari bahan-bahan. |
Selepas keluarkan cili kisar, goncang bekas pengisar dengan sedikit air supaya baki cili kisar dapat dikeluarkan. |
Cara:
1. Gunting cili padi secara menyerong. Tampi dalam bakul tapis yang berlubang jarang untuk asingkan biji. Bijinya yang buat pedas tu.
2. Bilas cili kering yang telah digunting.
3. Masukkan cili kering dalam periuk dan isi air separas cili. Masak hingga mendidih dan tutup api. Ketepikan sebentar.
4. Sementara itu, kupas bawang besar, bawang putih dan halia. Bahan-bahan ikut suka jer sukatan tu. Agak-agak sendiri jer.
5. Potong bawang kepada bahagian yang lebih kecil, bawang putih dibelah dua, halia dihiris sedikit dan belacan dibakar sebentar. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar. Masukkan juga cili kering yang telah direbus tadi tanpa airnya.
6. Masukkan minyak dan 1/2 cawan air ke dalam pengisar. Mula mengisar. Jika pengisar tersekat-sekat, mungkin kerana tidak cukup air. Jadi tambah sedikit air sehingga pengisar dapat mengisar dengan lancar.
7. Kisar sehingga hancur dan sebati kesemua bahan.
8. Kemudian boleh disimpan dalam bekas yang bersih dan letakkan di bahagian chiller. Jika menghasilkan cili kisar yang terlalu banyak, simpan ia di bahagian sejuk beku dan hanya keluarkan sebahagian untuk memudahkan proses memasak.
Kalau cili kisar dah ready, baru senang nak masak kan!
0 comments