Kari Ayam Ala Mommy
Monday, March 13, 2017Kari Ayam Ala Mommy |
Assalamualaikum anak-anak mommy. Nak masak kari pulak yer? Hihihi. Jom mommy ajar.
Dulu kan...mommy ingat masak kari tu susah. So, jarang sangat la meng'kari'. Baru jer 1-2 tahun ni rajin masak kari. Dah selalu masak ni, baru ler tau senang jer rupanya. Lagipun Ulin & Ilan time kecik-kecik dulu tak pandai makan lagi. Sekarang korang dah besar, dah pandai makan, boleh la mommy masak macam-macam. Arman jer susah nak bagi makan. Takpe, insyaallah...pelan-pelan kita ajar dia makan pelbagai makanan.
Dah...dah...jangan banyak cakap, jom la mommy ajor camaner nak masak kari. Eloknya masa mommy masak kari tu, tengok! Kalau mommy jauh, call. Andaikata mommy dah takde, sini la tempat korang nak refer. Kalau tak tau jugak, tengok youtube. Takpun, pandai-pandai la korang tanya sapa-sapa yang terer meng'kari'. Tanya tukang masak kat kedai mamak pun boleh. Hahahaha
Kari Ayam Ala Mommy
(Untuk 4-5 orang, 1 kali makan)
1/2 ekor ayam -dipotong 8 bahagian
1 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
4 tangkai daun kari
3 sdb serbuk kari daging Baba's -campur sedikit air dan jadikan pes
100ml santan pekat -dalam 1/2 kotak kecil
2 biji kentang -setiapnya dibelah 4
1 keping asam gelugur
4 sdb minyak masak
Garam
Kiub ayam -optional
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik baunya.
2. Masukkan pula bahan tumbuk (bawang besar, bawang putih dan halia), tumis hingga layu dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan daun kari dan tumis hingga terbit bau karinya.
4. Kemudian masukkan pes kari. Tuang sedikit air supaya tak hangit. Tumis hingga terbit minyak.
5. Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan gaul sebati ayam dalam rempah sehingga ayam sedikit kecut.
6. Setelah ayam kecut dan sebati dengan rempah kari tadi, tuang air separas ayam. Jangan banyak sangat air nanti kuah cair dan tak rasa karinya. Kalau tak cukup air, boleh tambah kemudian. Biarkan mendidih sehingga ayam separuh atau hampir masak.
6. Setelah ayam kecut dan sebati dengan rempah kari tadi, tuang air separas ayam. Jangan banyak sangat air nanti kuah cair dan tak rasa karinya. Kalau tak cukup air, boleh tambah kemudian. Biarkan mendidih sehingga ayam separuh atau hampir masak.
7. Setelah ayam hampir masak, masukkan pula kentang dan asam gelugur. Biarkan mendidih lagi hingga kentang cukup lembut. Cuba cucuk dengan garfu untuk test kentang dah empuk atau belum.
8. Setelah kentang cukup lembut, tuang santan dan perisakan dengan garam dan kiub ayam (optional). Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
Kalau nak kari yang pekat, lebihkan sikit rempah dan santan pekat. Takpun, kurangkan jer airnya.
0 comments