Kudapan

Tempura Cendawan Enoki

Tuesday, October 31, 2017

Tempura Cendawan Enoki
Tempura enoki atau nama Melayunya 'cendawan enoki goreng tepung' adalah suatu jenis makanan yang sesuai untuk kudapan atau dimakan bersama nasi. Sedap baq ang. Macam makan keropok! Dua paket tak cukup yer untuk makan seorang! Soffiya jer dah 1 paket. Kalau bercita-cita nak sediakan tempura cendawan enoki untuk family, beli la enoki tu 10 bungkus. Hahahaha. Bukan mahei pun. Singget jer kot sepeket. Tapi zaman-zaman kome dah pandai masak nanti tak tau la mommy berapa regenya. Harap tak la mahei sangat.

Sebelum ni mommy dah pernah buat tempura cendawan enoki ni. Tapi masa tu berlemuih dan agak tak menarik rupa kejadiannya. Kali ni mommy dapat idea nak cantiknya hasilnya. Mungkin macam ni la yang orang lain buat untuk dapat hasil yang superb. Pastikan jari-jemari kering ketika menggaul.

Next time mommy update gambar cendawan enoki dan gambar tepung segera yang mommy guna berserta step penyediaannya sekali yer. Hari tu Soffiya guna handphone untuk tengok youtube. So, tak dapat la mommy shooting gambar masak. Later mommy update.

Bila gaul dengan jari yang kering, dapat la hasil yang macam gini rupanya.

Tempura Cendawan Enoki


Bahan-bahan :

Cendawan enoki
Tepung serbaguna (mommy guna brand Bestari-pedas)
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Potong bahagian akar cendawan enoki dan ambil bahagian atasnya sahaja. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar.
3 Sementara itu, dalam pinggan leper yang besar, tuang beberapa sudu tepung serbaguna. Letakkan sedikit cendawan enoki di atas tepung tadi.
4. Kemudian tuang lagi tepung serbaguna di atas cendawan enoki tadi. Dengan jari yang kering, diulang jari yang kering, gaul cendawan enoki bersama tepung serbaguna hingga setiapnya bersalut. Ketepikan yang telah bersalut. Ulang proses hingga habis.
5. Setelah minyak panas, laraskan ke api sederhana dahulu yer.
6. Boleh mula menggoreng cendawan enoki yang telah sedia disalut tepung tadi. Goreng sedikit-sedikit yer. Angkat tempura cendawan enoki setelah warnanya bertukar kuning keemasan.
7. Alas tempura cendawan enoki dengan tisu dapur untuk serap minyak berlebihan yer. Nanti nak hidangkan, gantikan dengan tisu yang baru. Tapi mommy selalu tak dan tunggu hidang. Kat dapur lagi mommy dah ratah. Hahaha...Siap!!!

Dua paket dapat semangkuk macam ni. Tak cukup ni weh untuk seorang makan.
Kalau taknak pedas, guna la tepung Bestari yang biasa atau boleh guna tepung serbaguna jenama lain juga yer.

Kudapan

Jemput-jemput Pisang Atau Cekodok Pisang

Saturday, October 28, 2017

Jemput-jemput Pisang atau Cekodok Pisang


Cekodok pisang atau bahasa indahnya adalah jemput-jemput pisang memang all time favourite kan! Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Tapi kita belasah jer bila-bila pun. Sebab mommy memang takde fixed dish untuk kita makan anak-beranak. Apa ada kita makan dan perabeh. Hahaha

Pisang apa yang sesuai untuk buat cekodok? Tentulah pisang yang ranum, kuning isinya. Haaa...jenis pisang pula macam pisang awak, pisang abu, pisang raja dan pisang nangka. Pisang yang kita selalu beli untuk makan tu pun boleh, macam pisang berangan, pisang montel dan pisang emas. Kalau tak kenal jenis-jenis pisang ni, kome tanya jer Encik Google. Tak pun tanya jer orang kedai tu. Mommy pun tak kenal sangat pisang. Tau makan jer. Hihihihi...

Okeh, kali ni memang mommy beli pisang khas untuk buat cekodok. Mommy beli pisang yang paling buruk kulitnya yang ada kat kedai Acheh tu. Tapi, walaupun kulitnya dah hitam, isinya masih cantik lagi. Takde hitam atau isi lembik atau berair langsung. Tak sempat pula mommy nak snap gambar. Sebab handphone mommy selalu kena hijack dengan kome. Soffiya la selalunya.

Soda bikarbonat yang buat sarang tu. Tepung beras pula buat tanduk-tanduk rangup tu yer.


Peminat tegar cokodok ni sebenarnya Arman. Dia selalu minta, tapi mommy jarang sangat buat. Dia sangat susah nak disuruh makan. Sebab tu bila dia kata nak makan, mommy sebolehnya cuba tunaikan apa dia minta. Slowly mommy ajar dia makan macam-macam makanan supaya bila besar nanti tak susah nak cari makan. Biar badan dapat khasiat yang sepatutnya. Makan roti jer mana nak dapat khasiatnya.

Ish...panjang cerita lain pulak. Nak pesan ni, cekodok tu jangan keras, tapi jangan lembik pula. Kena kenyal-kenyal sikit baru sedap. Lembut sangat pun tak boleh nanti berminyak sangat pulak. So, agak-agak la bahan-bahannya. Mommy pun tak pernah sukat betul-betul pulak. Sebab cekodok ni bukan kek. Kalau kek pisang lain la. Sebolehnya kena ikut sukatan kek jugak yer.


Jemput-jemput Pisang Atau Cekodok Pisang


Bahan-bahan :

2 cawan pisang -dilenyek (pilih yang ranum tetapi jangan pisang yang dah berair!!)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt garam halus
4 sdb gula
Minyak untuk menggoreng

Mommy suka tekstur macam ni. Tak padan sangat. Lembut dan tidak keras.


Cara-cara :

1. Buang kulit pisang dan dalam bekas besar, lenyek isi pisang hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
3. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna.
4. Masukkan pula gula mengikut citarasa. Jangan manis sangat, nanti hilang rasa pisang.
5. Masukkan sedikit garam halus dan kacau sebati. Rehatkan sebentar adunan yer.
6. Sementara itu, panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
7. Jemputkan adunan tadi dengan jemari tangan atau gunakan sudu. Mommy guna 1 sudu untuk cedok, dan 1 lagi sudu untuk tolak adunan ke dalam minyak. Saiz sederhana jer yer.
8. Pastikan api tidak terlalu besar. Balik-balikkan adunan hingga warnanya menjadi coklat gelap.
9. Angkat dan toskan. Dah siap dah cekodok pisang. Yeay!

Nyum...nyum...sedap dimakan ketika suam-suam gitewww...
Warna cekodok kena gelap, baru sedap! Jangan sampai rentung sudah la....

Kudapan

Cucur Jagung Special

Thursday, October 26, 2017

Cucur Jagung Special

Boleh kata semua dalam Whatsapp Group sekolah menengah mommy adalah ibu bekerja. Cuma mommy dan sorang lagi jer work at home mother. Jadi, bila weekends mereka yang bekerja ni lebih rajin masuk dapur berbanding mommy. Hahahaha....weekends mommy cuti maa... Gantung periuk kuali la konon. Kadang-kadang jer masak. Tu pun kalau rajin. Selalunya beli nasi lemak daun pisang masa keluar hantar Arman ke reading class.

Okeh, weekends hari tu ntah bila lupa tarikh, macam biasa kita dalam group akan share apa kita masak, apa kita makan, pergi mana, masalah pun kita share sama-sama. Syamsiah share menu pagi dia...cucur udang. Eh, yer ker...lupa la sapa. Tapi berikutnya Fiza Fish share menu cucur jagung dia. Terliur plak nengoknya. Nak buat jam itu, jagung pun takde. So kita hold dulu.

Malam tu kita pergi pasar malam beli dinner. Sebab mommy cuti masak dan kita tak outing ke mana-mana pun. Nampak jer jagung, mommy pun beli 3 tongkol. Memang bajet nak buat cucur jer pun. So, korek la resepi dari buku Chef Hanieliza. Dalam ni mommy bagi sukatan ikut resepi chef. Tapi yang sebenornya, mommy tak ikut sukatan tu pun dan ada tambah bahan. Semua main agak-agak jer. Ikut sedap jari. Hahaha...

Nikmatnya makan cucur jagung ni masa suam-suam panas.

Cucur Jagung Special

Rujukan : Buku '1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza'


Bahan-bahan :

3 tongkol jagung
1 labu bawang besar -dicincang
3 biji cili merah -dicincang
200 gram udang basah (mommy pakai yang saiz kecil, dibuang kulit)
1 biji telur (mommy letak 2 biji)
Sedikit daun kucai -dipotong pendek-pendek
2 cawan tepung gandum (mommy lebihkan sukatan)
¼ cawan tepung beras (mommy tambah untuk rangupkan cucur jagung)
2 sdb susu pekat manis (mommy tambah untuk rasa lemak manis)
2 sdb gula (mommy tambah untuk variasi rasa pada cucur jagung)
1 sdt soda bikarbonat
1 cawan air suam (mommy agak-agak jer)
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahagian dalam bersang dan luarnya rangup!

Cara-cara :

1. Kikir isi jagung daripada tongkolnya.
2. Kecuali minyak, gaulkan kesemua bahan dalam bekas besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
4. Apabila minyak sudah panas, laraskan kepada api sederhana.
5. Kaut adunan dengan sudu dan sudukan ke dalam miyak.
6. Goreng hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak dengan tisu dapur.
8. Hidangkan dengan sos cili, sos Thai atau sos tomato.

Sedap juga dihidang dengan kuah sambal kacang.

Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Tengok jagung, cili merah, isi udang, telur dan tepung tu. Huish....!!!

Macam ni la adunan sebelum kita start goreng.
Tadaaa....tak sabar nak ngap!

Kudapan

Sukun Goreng

Wednesday, October 25, 2017

Sukun Goreng

Sukun. Jarang sangat kita makan buah ni. Kalau ada jumpa pun selalunya kat gerai pisang goreng. Tapi kita tak beli pun. Hehehe... Kali ni sebab opah bawak. Pun sebab kawan tok bagi. Kat rumah Ipoh mana ada orang nak makan. Jadi opah bawak datang rumah kita. Tapi masa opah dan tok datang tu pun masing-masing busy dengan jadual masing-masing. So, tergolek jer la buah sukun tu kat dapur.

Bila opah dan tok dah balik Ipoh, baru mommy ada peluang goreng sukun tu. Tu pun dah agak masak buahnya. Jadi agak susah nak potong sebab dah lembut sikit. Tapi, bila goreng tu rasa sedap jer makan. Manis dan rasa macam keledek! Korang pun suka makan. Accept Arman la kan. Memang memilih bebenor.

Okay, dalam resepi ni, semua bahan main agak-agak jer. Mommy memang takde sukatan tepat. Yang penting tepung salut untuk goreng tu pekat melekat yer. Kalau cair, memang tak best la makan.

Lapik dengan tisu dapur untuk serap minyak berlebihan.


Sukun Goreng


Bahan-bahan :

Sukun -dipotong nipis
Tepung beras
Secubit garam halus
Sedikit serbuk kunyit -untuk sedikit warna
Air
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Kupas kulit sukun dan potong sukun nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Dalam mangkuk, campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam halus. Tuang air sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan adunan yang sesuai.
4. Gaulkan sukun dengan adunan tepung beras tadi hingga semua sukun disaluti tepung.
5. Setelah minyak panas, laraskan kepada api sederhana.
6. Masukkan sukun sekeping demi sekeping ke dalam kuali. Balikkan dan goreng hingga kekuningan.

7. Angkat dan sedia dihidangkan.


Ni sukun yang dah dibelah dua. Konon2 nak simpan separuh. Hurrm..tak sempat. Habis sebijik sekali hadap.

Pastikan adunan pekat macam ni yer. Dan menyaluti sukun sepenuhnya sebelum menggoreng.

Goreng hingga kekuningan.
Untuk lebih menyelerakan, cicah sukun goreng dengan gula merah.

Kek

Kek Batik Biskut Marie

Friday, May 05, 2017

Kek Batik Biskut Marie


Kek batik kegemaran anak-anak Mommy! Yeay....boleh buat untuk diri sendiri dah kan. 
Dulu masa Mommy masih kanak-kanak macam Ulin Ilan Arman Soffiya, opah Mommy selalu jugak buat kek batik untuk kudap-kudap.  Opah Mommy ni kiranya Onyang korang la. Masa kecil, selepas Onyang pencen, masa Opah kerja, waktu siang Mommy duduk dengan Onyang sampai darjah 6. Masa tu la Onyang rajin buat kek batik. Tapi Onyang korang dah arwah sejak Mommy tingkatan 2 lagi akibat penyakit buah pinggang. Sebelah daripada buah pinggang arwah telah dibuang tak berapa lama sebelum meninggal. Tapi Opah kata, Onyang tak tahu pun yang buah pinggangnya cuma tinggal sebelah.

Masa tu Mommy tinggal di asrama. Satu hari kawan Mommy, jerit panggil nama Mommy. Dia kata abah Mommy (Tok) datang pakai baju Melayu macam nak pergi kenduri kahwin. Mommy tak syak apa-apa yang pelik. Rupanya Onyang dah meninggal. Jadi, Mommy siap-siap dan ikut Tok balik untuk ziarah arwah Onyang.

Mommy masih ingat rasa kek tu. Onyang buat kak batik tak guna butter dan Onyang masukkan sedikit kacang tanah yang ditumbuk dalam resepinya. Yang Mommy ajar ni, resepinya dari cikgu roti Mommy. Lain sedikit dengan yang Onyang buat. Jom tengok resepi yang mudah ni.


Kek Batik Biskut Marie

Kredit : Puan Roszana

Bahan :

1 paket biskut Marie perisa original
1 tin susu pekat -Mommy guna F&N
250 gram butter -Mommy guna Buttercup
2 sdb serbuk koko -Mommy guna Van Houthen
2 cawan milo -pastikan yang asli dan BUKAN yang instant


Cara :

1. Patah-patahkan biskut Marie kepada 4-5 bahagian. Habiskan sebungkus dan ketepikan dahulu. Jangan nak curi makan sekeping pun yer. Hehe



2. Dalam kuali dengan api kecil, cairkan butter.



3. Setelah butter cair sepenuhnya, tuang 1 tin susu pekat dan kacau sebati.



4. Masukkan milo dan serbuk koko sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sampai nampak hampir pekat. Perlu terus kacau untuk elakkan adunan berketul-ketul.



5. Setelah adunan likat dan pekat, masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan tadi. Gaul rata dan boleh tutup api.




6. Masukkan dalam bekas yang telah dilapik dengan baking paper dan tekan-tekan sehingga padat. Mommy guna baking paper jugak, tapi Mommy gulung dan padatkan. Onyang dulu guna plastik.




7. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 3 jam. Lepas tu bolehlah dipotong dan dinikmati bersama keluarga. Jangan makan sorang-sorang yer. Adik-beradik kena kongsi ok.

Perlu dimakan sebaik dipotong untuk elak berlengas.


Boleh tambah kacang tanah sangai yang ditumbuk untuk tektur dan extra rasa.

Kudapan

Crabstick Rolls

Tuesday, March 14, 2017

Crabstick Rolls


Ada satu masa tu Mommy rajin betul beli crabstick. Selain buat popia crabstick, Mommy buat crabstick rolls. Hari ni Mommy selak album lama, terjumpa gambar ni. So, Mommy rasa nak post resepi mudah ni. Kalau takde idea nak minum petang, cuba buat yang ni.

Mommy tahu Ilan tak suka crabstick. Tapi Ilan sendiri tak tahu kenapa Ilan tak suka. Daddy pun tak suka crabstick. Daddy tak suka bila sendawa bau crabstick. Sebab tu dia tak makan. Disebabkan Mommy dan Ulin jer yang suka, Mommy ambil keputusan untuk tidak lagi beli crabstick ni. Takpe, as usual Mommy memang akan berkorban dalam hal makanan.

Okeh, tak payah nak sedih-sedih sangatlah. Jom tengok bahan-bahannya. Crabstick boleh ganti dengan sosej atau otak-otak jugak yer. Selamat mencuba. Ulin, cuba buat sendiri yer. Senang jer.


Crabstick Rolls


Crabstick
Roti putih
Telur
Bread crumbs
Garam halus
Minyak masak


Cara:

1. Gelek roti putih hingga nipis. Ulang proses untuk semua roti yang hendak digunakan.
2. Letak crabstick melintang di bahagian hujung roti yang telah dinipiskan tadi. Gulung sehingga hujung roti dan tekan sedikit bahagian hujung gulungan. Susun rolls dalam pinggan dengan bahagian hujung gulungan ditekan ke bawah.
3. Kocak telur dalam pinggan dengan sedikit garam. Dalam pinggan leper, taburkan bread crumbs.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, kecilkan sedikit api dapur.
5. Celup rolls dalam telur dan golekkan atas bread crumb. Goreng dalam minyak hingga kuning keperangan. Angkat dan tos. Siap.

Sesuai dihidang untuk sarapan atau minum petang. Boleh juga dijamu kepada tetamu.

Kudapan

Kerepek Popia Pedas Manis

Friday, March 10, 2017

Kerepek Popia Pedas Manis


Dari zaman kerepek popia ni viral, baru tahun ni saya cuba buat. Dok tangguh sangat, kulit popia dah banyak kali beli tapi kerepeknya belum nampak pun. Banyak hasilkan menu lain. Tapi sayang tak ambil gambar. Kalau tak boleh share dalam blog.

Alkisahnya suatu pagi yang indah tu kami ke pasar tani. Punya la banyak beli lauk mentah macam stok 2 minggu. Peti ais bukan ler beso mana pun. Jadi untuk menempatkan ahli baru yang lebih memerlukan, yang lama kena ler keluar. Salah satunya adalah 1+1/2 bungkus kulit popia. Banyak jugak tu. Maka terhasillah popia ni. Anak-anak suka, mommy gembira. Kihkihkih

Boleh jamu time raya jugak ni. Sembang sambil makan.


Kerepek Popia Pedas Manis


Bahan:

1 bungkus kulit popia saiz besar
2 sdb tepung gandum -bancuh dengan sedikit air untuk jadi gam
15 tangkai cili kering -digunting dan direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1/4 sdt pes asam jawa extra
1 sdb madu
Bijan putih -optional (saya tak letak)
Garam
Gula
Air
Minyak masak

Faham tak tengok gambar ni? Senang jer kan?

Cara:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan belacan dengan sedikit minyak dan sedikit air. Ketepikan.
2. Ambil sekeping kulit popia, bentang atas alas yang bersih dan gulung. Tampal hujungnya dengan bancuhan tepung gandum. Pastikan kulit popia yang belum diguna ditutup dengan kain lembap yang bersih supaya tidak kering.
3. Kemudian gunting secara menyerong kulit popia yang telah digulung tadi dengan ukuran 2cm.
4. Ulang proses gulung, tampal, gunting sehingga habis sebungkus kulit popia.
5. Dalam kuali, panaskan minyak yang banyak. Setelah minyak panas, sederhanakan apinya.
6. Goreng separuh dari kulit popia yang telah digunting tadi. Kacau supaya masak sekata.
7. Setelah keperangan, angkat dan toskan kulit popia. Habiskan proses menggoreng.
8. Tinggalkan dalam 5 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga terbit minyak.
9. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Jangan banyak sangat sebab kita mahukan sambal yang tidak basah.
10. Masukkan madu dan kacau sebati.
11. Perisakan dengan gula dan garam. Kalau rasa dah ok, tutup api dan biarkan sambal sejuk sedikit.
12. Setelah sambal agak sejuk, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul rata kulit popia supaya kesemuanya disaluti sambal yang sekata. Siap. Tunggu sejuk sedikit sebelum dikudap!

Sesuai dikudap ketika menonton tv atau ketika duduk-duduk saja. Ngee...

Kudapan

Cucur Bawang Simple

Tuesday, March 07, 2017

Cucur Bawang Simple

Cucur bawang ni saya selalu buat bila barang rumah memang dah habis langsung. Yang ada tepung dan bawang jer. Pastu saki baki sayur apa yang ada tu kita masukkan jer sekali dalam adunan. Sementara nak shopping barang dapur, kita habiskan terus apa yang ada. Itu memang style saya dan suami. Barang yang masuk, mesti keluar habis baru kita beli lagi.

Anak-anak yang semakin membesar ni kuat makan. Tambahan pula dah pandai makan macam-macam ni kan. Dulu masa kecik-kecik, makan cukup 5 suap jer dah tak boleh nak sumbat dah. Makan pun memilih. Bila dah besar ni, dah pandai makan itu ini, boleh la nak sumbat apa pun. Selagi namanya makanan, saya akan ajar anak-anak saya untuk tidak memilih.

Saya suka tekstur cucur yang begini.


Cucur Bawang Simple

Bahan:

4 cawan tepung gandum (kami ramai, sebab tu buat banyak)
1 cawan tepung beras
1 sdt soda bikarbonat
4 sdb gula
1 sdt garam halus
2 biji telur
1 biji bawang besar -didadu halus
3 ulas bawang putih -dicincang
1 batang lobak merah -dimayang (guna penyagat jer)
Daun sup/daun bawang -dihiris halus
     *Boleh masukkan jagung, cili merah, cili hijau dan kentang jika suka
Air secukupnya
Minyak yang banyak untuk menggoreng



Cara:

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam campuran tepung. Kacau sedikit.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah dan daun sup/daun bawang. Gaul sebati.
4. Masukkan air sambil kacau adunan sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Jika adunan terlalu pekat, tambah air. Jika adunan cair, tambah tepung. Ketepikan sebentar dalam 15 minit.
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Biar minyak benar-benar panas, barulah sudukan atau jemputkan adunan ke dalam kuali.
8. Balik-balikkan cucur supaya digoreng sekata.
9. Sentiasa laras api dapur suapaya cucur tidak berwarna gelap, dan tidak pula lambat masak.
10. Angkat cucur, tos atas tisu dapur dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Cucur bawang macam ni sangat sedap dicicah dengan kuah kacang ataupun sos cili.

Jagung

Jagung Kikir Bersama Kelapa Parut

Sunday, February 19, 2017

Jagung Kikir Bersama Kelapa Parut

Saya tak pasti dari mana asal makanan macam ni. First time saya makan bila mak saya buat, itu semestinya. Hari tu mak rebus jagung. Mungkin sebab terlalu kenyang dengan macam-macam makanan yang masuk ke perut, jadi jagung rebus tu tergolek-golek jer la dalam pinggan. Tak laku. Jadi, mak buat macam ni. Nah...memang sekelip mata jer habis. Siapa yang lambat ke dapur memang tak merasa la. Favourite abah jugak ni.

Resepi ini tiada sukatan tertentu. Semuanya ikut citarasa anda ketika menyediakannya. Yang pasti mesti ada rasa manisnya dan cukup garam. Jangan takde rasa jagung sudahlah. Jom tengok resepi.

Jagung Kikir Bersama Kelapa Parut

Bahan:
Jagung rebus
Kelapa parut -putih sahaja
Gula
Garam halus

Cara:
1. Kikir jagung ke dalam mangkuk besar. Tongkolnya buang yer.
2. Masukkan kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati. Siap!!

Pergilah cari jagung sekarang!

Like us on Facebook

Flickr Images