Tempura Cendawan Enoki

Tuesday, October 31, 2017

Tempura Cendawan Enoki
Tempura enoki atau nama Melayunya 'cendawan enoki goreng tepung' adalah suatu jenis makanan yang sesuai untuk kudapan atau dimakan bersama nasi. Sedap baq ang. Macam makan keropok! Dua paket tak cukup yer untuk makan seorang! Soffiya jer dah 1 paket. Kalau bercita-cita nak sediakan tempura cendawan enoki untuk family, beli la enoki tu 10 bungkus. Hahahaha. Bukan mahei pun. Singget jer kot sepeket. Tapi zaman-zaman kome dah pandai masak nanti tak tau la mommy berapa regenya. Harap tak la mahei sangat.

Sebelum ni mommy dah pernah buat tempura cendawan enoki ni. Tapi masa tu berlemuih dan agak tak menarik rupa kejadiannya. Kali ni mommy dapat idea nak cantiknya hasilnya. Mungkin macam ni la yang orang lain buat untuk dapat hasil yang superb. Pastikan jari-jemari kering ketika menggaul.

Next time mommy update gambar cendawan enoki dan gambar tepung segera yang mommy guna berserta step penyediaannya sekali yer. Hari tu Soffiya guna handphone untuk tengok youtube. So, tak dapat la mommy shooting gambar masak. Later mommy update.

Bila gaul dengan jari yang kering, dapat la hasil yang macam gini rupanya.

Tempura Cendawan Enoki


Bahan-bahan :

Cendawan enoki
Tepung serbaguna (mommy guna brand Bestari-pedas)
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Potong bahagian akar cendawan enoki dan ambil bahagian atasnya sahaja. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar.
3 Sementara itu, dalam pinggan leper yang besar, tuang beberapa sudu tepung serbaguna. Letakkan sedikit cendawan enoki di atas tepung tadi.
4. Kemudian tuang lagi tepung serbaguna di atas cendawan enoki tadi. Dengan jari yang kering, diulang jari yang kering, gaul cendawan enoki bersama tepung serbaguna hingga setiapnya bersalut. Ketepikan yang telah bersalut. Ulang proses hingga habis.
5. Setelah minyak panas, laraskan ke api sederhana dahulu yer.
6. Boleh mula menggoreng cendawan enoki yang telah sedia disalut tepung tadi. Goreng sedikit-sedikit yer. Angkat tempura cendawan enoki setelah warnanya bertukar kuning keemasan.
7. Alas tempura cendawan enoki dengan tisu dapur untuk serap minyak berlebihan yer. Nanti nak hidangkan, gantikan dengan tisu yang baru. Tapi mommy selalu tak dan tunggu hidang. Kat dapur lagi mommy dah ratah. Hahaha...Siap!!!

Dua paket dapat semangkuk macam ni. Tak cukup ni weh untuk seorang makan.
Kalau taknak pedas, guna la tepung Bestari yang biasa atau boleh guna tepung serbaguna jenama lain juga yer.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images