Nasi Goreng Kerabu

Saturday, October 14, 2017

Nasi Goreng Kerabu

Again...tema nasi goreng. Hahaha... Sampai kawan mommy kata...rajinnya ko goreng nasi. Mommy kata...mommy boring masak dan makan lauk. So mommy ubah kebiasaan. Instead of masak nasi putih, lauk dan sayur, kita sekalikan semuanya dalam nasi goreng. Ada nasi, ada lauk, ada sayur. Senang kan!

Mommy nak bagitau, nasi yang paling sesuai dan cantik untuk buat nasi goreng adalah nasi sejuk. Nasi sejuk yang macam mana? Nasi lebihan semalam yang kita simpan dalam peti sejuk bahagian bawah. Jangan simpan kat tempat beku pulak tau.

Contoh hari ni masak nasi putih tapi tak habis makan. So, korang korek semua nasi lebih tu simpan dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Esok nak goreng, keluarkan jer. Peroikan dulu la sebelum masuk ke kuali tu. Peroikan tu apa? Jadikan nasi tu sebiji-sebiji la, jangan berketul. Korang ramas dengan tangan bersih. Takpun tekan-tekan guna senduk nasi. Haish...tu pun nak bagitau kan!

Resepi kali ni mommy letak ayam jer. Sebab udang dengan sotong dah habis mommy masukkan dalam nasi goreng kampung semalam. Kikiki...Lagipun tema hari ni adalah KERABU. Baca betul-betul. KERABU bukan KERBAU yer anak-anak. So, ulam-ulaman la yang akan jadi heronya kan! Eh, jom la tengok resepi.


Nasi Goreng Kerabu

Rujukan : Buku 'Resepi Istimewa Chef Hanieliza'


Bahan-bahan :

4 cawan nasi sejuk (diperoi)
100 gram udang
100 gram sotong
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan ulaman :

2 batang serai
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
5 kacang kelisa
3 kacang panjang


Bahan tumis (ditumbuk) :

12 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
100 gram udang kering

Dalam kuali lagi ni.


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan udang, sotong dan nasi. Mommy gantikan dengan hirisan dada ayam sahaja.
4. Kacau supaya rata.
5. Tutupkan api dan masukkan ulam-ulaman serta garam.
6. Hidangkan dengan timun dan keropok goreng.

Ni sukatan mommy sendiri. Guna setakat apa yang ada jer.

Kalau suka ulam, lebihkan pun takpe yer.

Selamat mencuba!


Psst...psst...psst...Daddy suka la nasi goreng kerabu ni. Hihihi...


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images