Nasi Goreng Kampung

Friday, October 13, 2017

Nasi Goreng Kampung


Minggu ni tema kita lebih kepada konsep nasi goreng. Tak payah masak lauk sebab lauk semua kita campak sekali dalam nasi. Mommy selalu hilang idea tau nak masak lauk apa. Boring dah masak lauk...lauk...lauk...Korang tak boring ker ha?

Disebabkan dulu mommy ada beli buku masak-masak, so mommy pun rujuk la buku tu untuk cari menu-menu menarik sebagai santapan kita 6 beranak. Lama dah kot beli buku tu tapi tak pernah bukak pun. Cantik lagi buku tu. Daddy la suruh tengok buku tu. Beli tapi simpan jer buat apa, katanya. OK fine.

Kali ni mommy buat nasi goreng kampung. Untuk tekak kita, ok la boleh makan. Tapi takde la macam kedai. Kedai tu mungkin letak tok aji dalam nasi tu. Mommy takat pakai garam gula jer. Nak sedap sikit boleh letak stok ikan bilis/sos tiram kot. Tapi mommy tak letak la kali ni. Betul-betul ikut bahan buku. Kikikiki


Dihidang bersama keropok. Krup krap makannya. 


Nasi Goreng Kampung

Rujukan : Buku 'Resepi Istimewa Chef Hanieliza'


Bahan-bahan :

4 cawan nasi sejuk (nasi dari peti sejuk lagi bagus)
2 biji telur (dikocak sedikit)
200 gram kangkung (mommy pakai seikat)
2 sudu makan minyak masak
100 gram udang (dibuang kulit)
100 gram sotong (dipotong kecil)
100 gram isi ayam (dihiris nipis)

Nyum...nyum...


Bahan tumis (ditumbuk) :

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah (mommy buang biji)
1 cawan ikan bilis
1 inci belacan

6 biji cili api (mommy lebihkan)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Gaul hingga separuh masak.

Sotong, udang dan isi ayam ditumis hingga separuh masak.
3. Masukkan kangkung dan goreng hingga sedikit layu.

Kangkung diambil bahagian daunnya sahaja. Jika ambil batang, pastikan batangnya dibelah dua.


4. Masukkan telur dan biarkan keras sebentar sebelum dihancurkan.

Gaul la sampai semua sebati.


5. Masukkan nasi dan garam. Gaul hingga masak.  Siap!!

Jemput makan semua!!!

Kalau ada sambal belacan...lagi terangkat nih!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images