Muffin

Muffin Pisang Dengan Cip Coklat Sedap Dan Mudah

Friday, February 24, 2017

Muffin Pisang Dengan Cip Coklat

Anak sulong saya akan mengikuti kem kepimpinan di sekolahnya hujung minggu ni. Dia akan tidur 1 malam di sekolah. Mak saya pesan, bekalkan sedikit snek untuk anak saya makan. Kalau malam-malam dia lapar, ada la makanan kan. Mula-mula saya fikir nak beli jer. Tapi untuk apa beli kalau kita boleh sediakan sendiri. Betul tak? Lagipun saya ada blog masakan untuk ditulis. Jadi, sambil menyelam tu kita minum air sekali lah.


Umpama sedang berhimpit-himpit dalam LRT. Huhuhuhu

Baiklah....resepi muffin pisang yang super sedap ni saya ambil dari laman facebook GROUP MASAKAN MSK HOME BAKERY. Ia milik guru kelas meroti saya Puan Roszana Ismail. Saya merupakan salah seorang daripada beribu pelajar pengajian jarak jauh (pjj) beliau. Saya ambil (i)kelas basic meroti dan (ii)kelas savoury. Ada (iii)kelas pizza dan (iv)kelas sandwich juga. Tapi yang tu saya belum mendaftar lagi. Hihi...Kalau berminat nak join mana-mana kelas secara pjj yang saya sebut dia atas, boleh search nama Roszana Ismail kat Facebook yer. Yuran murah dan sangat berbaloi. Ok, jom tengok resepi cikgu saya ni.

Muffin Pisang Dengan Cip Coklat

Sumber: Puan Roszana Ismail (FB)

Bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum -diayak
1/3 cwn butter -dicairkan
1/2 cwn gula castor
4 biji pisang emas
1 biji telur
1 sdt soda bikarbonat -diayak
1 sdt baking powder -diayak
2 sdb cip coklat -boleh tambah jika suka
2 sdb coklat urai -saya tambah sebab nak perabih stok
Secubit garam halus -saya tambah


Hot from the oven. Time ni ler sedap makan muffin tu tau tak.


Cara:
1. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Cairkan butter. (Saya cairkan guna microwave dalam 3-4 minit).
3. Lenyek pisang. Masukkan gula castor dan telur. Gaul rata guna spatula.
4. Masukkan butter cair dan gaul sebati.
5. Kemudian masukkan bahan yang telah diayak tadi ke dalam adunan pisang. Gaul sebati.
6. Kemudian masukkan cip coklat dan gaul lagi.
7. Gris dengan butter bahagian dalam cawan muffin terlebih dahulu. Kemudian barulah isikan adunan muffin tadi ke dalamnya sebanyak 3/4 penuh. (Saya guna butter spray. Ada juga yang saya tak spray. 😀).
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu. Bakar suhu 180 C selama anggaran 25 minit api atas bawah. (Saya guna built-in oven dengan suhu 140 C selama 25 minit api atas bawah).

Saya buat 3 adunan! Dinasihatkan guna mixer kalau buat banyak macam saya. Risau kacau tak rata lak nanti kan.

Muffin

Muffin Labu

Thursday, February 16, 2017

Muffin Labu

Pernah suatu ketika ibu saudara kepada husband bagi sebiji labu bersaiz besar. Punya la tak tau nak buat apa. Segala resepi labu saya buat. Salah satu daripadanya ni la muffin labu. Sedap jugak sebenarnya muffin labu ni. Kalau u ols ada masalah nak buat apa dengan labu yang banyak, boleh cuba muffin labu yer.

Muffin Labu
Rujukan : izahdaut

Bahan:
1 cwn tepung gandum
3/4 sdt baking powder
1/4 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam halus
1/2 cwn labu lecek (direbus terlebih dahulu)
1/4 cwn yogurt (saya ganti dgn susu segar)
2 biji telur
1/4 cwn minyak jagung
1/3 cwn gula
1/2 sdt esen vanila
Cip coklat untuk hiasan



Cara:
1. Panaskan oven ke suhu 140 C (ikut oven masing-masing yer).
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat, baking powder & garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak jagung. Kisar sehingga licin.
4. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmixed.
6. Ceduk adunan ke dalam cawan muffin sehinggan 3/4 penuh sahaja. Kemudian taburkan cip coklat di atasnya sebagai penyeri.
7. Bakar suhu 140 C selama 25 minit atau sehingga muffin masak. Suhu & masa bergantung kepada oven masing-masing.

Ok, boleh borong labu dah yer.

Like us on Facebook

Flickr Images