Muffin Pisang Dengan Cip Coklat Sedap Dan Mudah
Friday, February 24, 2017Muffin Pisang Dengan Cip Coklat |
Anak sulong saya akan mengikuti kem kepimpinan di sekolahnya hujung minggu ni. Dia akan tidur 1 malam di sekolah. Mak saya pesan, bekalkan sedikit snek untuk anak saya makan. Kalau malam-malam dia lapar, ada la makanan kan. Mula-mula saya fikir nak beli jer. Tapi untuk apa beli kalau kita boleh sediakan sendiri. Betul tak? Lagipun saya ada blog masakan untuk ditulis. Jadi, sambil menyelam tu kita minum air sekali lah.
Baiklah....resepi muffin pisang yang super sedap ni saya ambil dari laman facebook GROUP MASAKAN MSK HOME BAKERY. Ia milik guru kelas meroti saya Puan Roszana Ismail. Saya merupakan salah seorang daripada beribu pelajar pengajian jarak jauh (pjj) beliau. Saya ambil (i)kelas basic meroti dan (ii)kelas savoury. Ada (iii)kelas pizza dan (iv)kelas sandwich juga. Tapi yang tu saya belum mendaftar lagi. Hihi...Kalau berminat nak join mana-mana kelas secara pjj yang saya sebut dia atas, boleh search nama Roszana Ismail kat Facebook yer. Yuran murah dan sangat berbaloi. Ok, jom tengok resepi cikgu saya ni.
Muffin Pisang Dengan Cip Coklat
Sumber: Puan Roszana Ismail (FB)
Bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum -diayak
1/3 cwn butter -dicairkan
1/2 cwn gula castor
4 biji pisang emas
1 biji telur
1 sdt soda bikarbonat -diayak
1 sdt baking powder -diayak
2 sdb cip coklat -boleh tambah jika suka
2 sdb coklat urai -saya tambah sebab nak perabih stok
Secubit garam halus -saya tambah
2 sdb coklat urai -saya tambah sebab nak perabih stok
Secubit garam halus -saya tambah
Cara:
1. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Cairkan butter. (Saya cairkan guna microwave dalam 3-4 minit).
3. Lenyek pisang. Masukkan gula castor dan telur. Gaul rata guna spatula.
4. Masukkan butter cair dan gaul sebati.
5. Kemudian masukkan bahan yang telah diayak tadi ke dalam adunan pisang. Gaul sebati.
6. Kemudian masukkan cip coklat dan gaul lagi.
7. Gris dengan butter bahagian dalam cawan muffin terlebih dahulu. Kemudian barulah isikan adunan muffin tadi ke dalamnya sebanyak 3/4 penuh. (Saya guna butter spray. Ada juga yang saya tak spray. 😀).
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu. Bakar suhu 180 C selama anggaran 25 minit api atas bawah. (Saya guna built-in oven dengan suhu 140 C selama 25 minit api atas bawah).
Saya buat 3 adunan! Dinasihatkan guna mixer kalau buat banyak macam saya. Risau kacau tak rata lak nanti kan.
0 comments