Keria Gula Melaka

Monday, February 13, 2017

Keria Gula Melaka

Ini versi saya. Mcm keria biasa dan bukan versi viral yer. Tapi confirm sedap meleleh-leleh apatahlagi yang sukakan kuih-kuih manis. Saya buat ni 1kg keledek dapat la dalam 40 ketul keria yg comel-lote saiznya. Habis sekali hadap jer. Almaklum ler rakyat ramai. Senang jer rasanya. Saya yang 1st time buat pun dah menjadi. U ols apa lagi kan. Jom la tengok bahan-bahannya.


Keria Gula Melaka

Bahan keria:
500 gram keledek oren
1 cwn tepung gandum
1 sdb tepung beras
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam halus



Bahan gula sira:
3/4 ketul gula kabung melaka saiz besar-dihiris2
1 sdb gula putih
1/2 cwn air




Cara:
1. Kupas kulit keledek. Potong keledek menjadi ketulan kecil & rebus hingga empuk. Tak lama pun nak empuk jadi sila monitor yer. Cucuk keledek dgn garpu utk pastikan ia sudah empuk. Tapis dan lenyekkan ketika keledek masih panas.
2. Taburkan garam dan gaul.
3. Masukkan soda bikarbonat, tepung beras dan tepung gandum. Tepung gandum tu laras ikut selera sendiri. Saya kurangkan sedikit sebab nak dapatkan keria yang lembut. Tapi jangan sikit sgt takut lerai masa menggoreng. Gaul sebati semuanya.
4. Bentukkan sebesar bola pingpong, leperkan sedikit, sikit jer tau dan lubangkan tengah-tengah seperti donat. Susun dalam tray yang ditabur sedikit tepung gandum. Jika adunan agak melekit, lumur sedikit minyak masak pada hujung jari ketika membentuk keria.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga keria keemasan. Ketepikan.
6. Panaskan gula melaka, gula putih dan air dalam kuali. Sentiasa kacau.
7. Tunggu sehingga gula berbuih dan sedikit pekat.
8. Tutup api, masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaul hingga seluruh keria diselaputi gula. Gaul hingga gula mengeras dan angkat.
9. Pisah-pisahkan keria supaya tidak melekat. Tunggu sejuk baru makan yer. Kalau tak, melecur lidah tu nanti.



Selamat mencuba!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images