Apam Beras

Tuesday, February 14, 2017

Apam Beras

Pada saya, kuih apam ni agak legend. Selalu jumpa kuih ni kat mana-mana. Gerai jual kuih, pasar malam, dan kenduri-kendara mesti ada. Ia sesuai untuk sarapan mahupun minum petang. Emak saya dulu selalu jugak buat apam ni. Masa tu musim ada nasi lebih kat rumah 😂. Daripada dibuang, baik la buat kuih kan? Kalau tak buat kuih, mak sedekah kat 🐦 jer. Okeh, semak bahan yer.


Apam Beras


Bahan apam:

1 cwn nasi semalam -jangan yang basi yer
2 cwn tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cwn air yis
1 paket kecil eno -tanpa perisa
Pewarna kegemaran


Bahan kelapa parut:

Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam halus




Cara:

1. Kisar nasi dengan air hingga halus. Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis. Kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap 5 jam atau semalaman.
2. Selepas perapan, kacau adunan perlahan-lahan dan masukkan eno. Kacau perlahan-lahan lagi yer. Kalau nak buat lebih dari 1 warna, asingkan adunan dalam bekas berlainan dahulu. Kemudian titiskan pewarna kegemaran, sebatikan perlahan-lahan dan biarkan sebentar.
3. Panaskan periuk pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan-acuan kecil yang disapu sedikit minyak. Saya guna acuan lompang. Isikan 1/2 penuh sahaja yer. Kukus dengan api kuat selama 15 minit.
4. Setelah dikukus, keluarkan apam dari acuan dan susun dalam pinggan. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan taburkan di bahagian atas apam. Siap!!


Masak nasi lebih yer!!


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images