Kebab Ayam Simple
Tuesday, February 14, 2017
Kebab Ayam Simple |
Menu kali ini sangat simple. Saya memang suka yang mudah & cepat untuk disediakan sebagai bekal anak2 ke sekolah. Jika anda kekeringan idea tentang apa yang hendak dibekalkan kepada anak2, boleh cuba menu simple ini yer. Selamat memasak!
Kebab Ayam Simple
(Untuk 10 biji roti hotdog. Amekaw!!)
Bahan inti:
2 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih-dicincang
400 gram ayam cincang-daging pun boleh
1 biji lobak merah saiz sederhana-disagat
2 sudu makan cili kisar-ikut selera masing2 yer
2 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
4 sdb minyak untuk menumis
Kicap manis secukup rasa
Garam
Gula
Bahan deko:
Roti hotdog
Sayur salad (saya pilih butterhead lettuce)
Mayonis/butter
Sos cili/tomato/bbq/blackpepper
Salad dressing (saya pilih Kewpie Roasted Saseme)
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili kisar & masak hingga garing. Jaga api jangan sampai sambal hangit yer.
3. Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato. Kacau sebati..
5. Perasakan dengan kicap manis, garam & gula. Kacau sebati. Ketepikan.
6. Belah roti hotdog di bahagian tengah. Pastikan tidak putus yer.
7. Kemudian sapu mayonis/butter di bahagian dalam roti. Susun pula sayur salad & sumbat inti ayam tadi di tengah2 roti. Lagi padat inti, lagi sedap.
8. Picitkan sos dan mayonis di atas inti. Nak sedap lagi, tambah salad dressing. Perrgghhh....
Sok boleh buat untuk bekal yer!
0 comments