Sambal Tempe Ala Jawa
Monday, April 03, 2017Sambal Tempe Ala Jawa |
Masa Mommy kecil-kecil dulu kan, Opah dan Tok kerja, Opah Mommy pun kerja. Opah Mommy tu, Ulin Ilan Arman Soffiya punya Onyang la. Dulu tak banyak taska/nursery lagi kot. Ntah, tak pasti pulak Mommy kan. So, Mommy duduk dengan pengasuh. Mommy panggil dia Tok Chik. Tok Chik ni orang Jawa. Ala, kita pernah 4-5 kali pergi beraya rumah Tok Chik ni.
Kalau time raya, Tok Chik mesti buat sambal tempe jawa. Sedap betul makan sampai tak sedor diri makan kat rumah orang. Haha... Sambal tempe Mommy ni tak dapat rasa yang sama dengan yang Mommy makan kat rumah Tok Chik tu. Mommy pun tak pernah tanya resepinya. Yang Mommy buat ni pun Mommy refer blog-blog lain. Lupa pulak blog mana Mommy tengok.
Disebabkan tak dapat rasa yang asli tu, Mommy letak la word 'ala Jawa' tu. Tapi yang ni pun dah sedap dah. Memang layan la makan sambal tempe ala Jawa ni. Sedap meratah tu, bukan apa. Sedar-sedar jer dah habis sepinggan. Hehe. So anak-anak Mommy pun kena belajar makan tempe selain dari yang dimasak sambal yer!
Walaupun digoreng berasingan, dalam kuali bertemu juga. Waahhh!! |
Sambal Tempe Ala Jawa
3 keping tempe -dihiris dan digoreng
2 ketul tauhu -dihiris dan digoreng
1 biji kentang -dikupas kulit, dihiris dan digoreng
1/2 cawan ikan bilis -digoreng
2 keping sayur fucuk -dipotong-potong dan direndam
Sedikit suun -dipotong-potong dan direndam
2 sdb cili kisar (search resepi cili kisar dalam blog ini)
1 biji bawang besar -dimayang
1 biji cili merah -dihiris
10 tangkai kacang buncis -dihiris serong
1/4 sdt asam jawa extra
1 sdb sos tiram
Minyak masak
Kicap lemak manis secukupnya
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk sambal tempe ala jawa versi Mommy yer. |
Cara:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam kepada tempe dan tauhu. Ketepikan.
2. Goreng kentang dahulu. Kacau sesekali. Setelah bertukar warna sedikit dan menjadi lembut, angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula tauhu. Kacau sesekali. Setelah kekuningan, angkat dan ketepikan.
4. Goreng pula tempe. Kacau sesekali. Setelah kecoklatan, angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 5 sudu besar sahaja dalam kuali. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Kalau goreng ikan bilis, minyak akan jadi keruh. Sebab tu kena kena tinggalkan minyak secukupnya sahaja untuk goreng ikan bilis yer.
6. Dalam minyak ikan bilis tadi, tumis cili kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan asam jawa extra dan kacau sebati.
7. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
8. Kemudian masukkan bahan yang telah digoreng tadi iaitu tempe, tauhu, kentang dan ikan bilis. Masukkan juga kacang buncis, cili merah dan bawang besar. Gaul sehingga kacang buncis masak.
9. Masukkan sayur fucuk dan suun. Gaul sebati.
10. Tuang kicap lemak manis sehingga dapat warna seperti dalam gambar. Gaul lagi hingga sebati.
11. Imbangkan rasa dengan garam dan gula jika perlu. Gaul sebati. Siap!!
Mommy makan sepingan ni pun habis. Tak perlu nasi dah. Memang layan wooo.... |
Kalau ratah ni, tak payah nasi pun takpe. Memang layan sangat!
0 comments