Ikan

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Friday, April 21, 2017

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa


Lama betul ambil masa nak masukkan entry ni. Ntah bila kita makan ikan cencaru aka ikan jaket ni. Rasanya sebelum opah dan tok datang kan? Busy sangat Mommy ni kan. Lebih kepada tak sempat sebenarnya. Soffiya tak sihat sebab dia selsema dan batuk. So, memerap lebih. Lepas menyusu, Soffiya tidur atas riba Mommy. Tapi bila nak letak kat atas katil, dia terjaga pastu menangis. Kena susukan semula. Selain daripada tu, dia pantang tengok Mommy on laptop. Mula la dia nak rebut tengok youtube guna laptop. Dengki tau.

Ishh...jadi lapo plak tengok balik gambar ni.


Sejak akhir-akhir ni, kita agak selalu jugak makan lauk selain ayam kan? Alhamdulillah. Dapat jugak Mommy ajar anak-anak Mommy makan ikan, udang, sotong dan daging. Kalau makan ayam jer nanti risau korang taknak makan lauk lain. Allah dah atur elok dah. Bila Mommy bekerja, banyak perkara yang terhad untuk kita. Tapi selepas Mommy korbankan pekerjaan Mommy untuk duduk di rumah sebagai surirumah, rezeki kita bertambah dari pelbagai sudut. Perasan tak? Thank you Daddy, sebab kerja kuat untuk keluarga kita.

Okeh...jomlah Mommy ajar secara teori macam mana nak sediakan menu kali ni. Tak susah pun sebenarnya. Tapi kalau dapat fokus kat dapur tanpa gangguan, cepat jer dah siap.



Ikan Cencaru Sumbat Kelapa (Ikan Jaket)


4 ekor ikan cencaru saiz sederhana -dibelah belakang
1 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
4 biji cili padi -ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup -ditumbuk
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit minyak


Cara:

1. Bersihkan ikan, lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Tumbuk separa halus kesemua bahan tumbuk.
3. Dalam kuali, letak sedikit minyak dan goreng bahan tumbuk bersama kelapa parut. Goreng sebentar dengan api sederhana sehingga sebati dan naik bau. Angkat.
4. Sumbatkan kelapa yang telah digoreng tadi ke dalam perut ikan dan bahagian belakang ikan.
5. Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak.
6. Dengan api sederhana kecil, letak ikan yang telah disumbat dengat kelapa.
7. Setelah satu sisi masak, balikkan ikan untuk masak sisi yang satu lagi.
8. Setelah kedua-dua sisi masak, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Saya makan dengan pajeri terung. Masyaallah...terangkat dan bertambah-tambah nasi!!!

Ikan

Ikan Pari Bakar Bersambal

Friday, March 10, 2017

Ikan Pari Bakar Bersambal.


Ikan pari selain sedap dimasak asam pedas, pada saya ia juga sedap dibakar. Untuk menambahkan keenakkannya, perlulah ada sambal. Sedap juga jika dibakar dan dicicah dengan air asam.

Time ni saya tak pernah buat asam pedas. So, saya bakor jer ler yang retinyer. Hihi... Disebabkan taknak dikata bakar kosong, saya sertakan dengan sambal. Takyah buat lauk lain yang berkuah dah. Kawan dengan sayur goreng dah cukup. Takpun telur dadar. Jom la tengok cara saya masak.



Makan dengan nasi putih dan telur dadar.

Ikan Pari Bakar Bersambal

Bahan:

4 potong ikan pari -saiz sederhana
8 biji bendi
1 biji bawang besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dicincang
1 biji bawang besar -dipotong bulat
4 sdb cili kisar -semak resepi cili kisar saya
2 batang serai -diketuk
1/4 sdt pes asam jawa extra -saya pilih Adabi
6 sdb minyak masak
1/2 cawan air -boleh tambah jika perlu
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Aluminium foil untuk balut ikan


Letak ikan atas aluminium foil, letak aluminium foil dalam loyang/talam. Kita bakor!!!

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Jangan sampai hangit yer. Agak-agak nak garing tu boleh masukkan air.
3. Masukkan pes asam jawa extra dan kacau hingga mendidih.
4. Perisakan dengan gula dan garam. Gula tu masuk sesudu dulu. Garam masuk secubit dulu. Kacau dan rasa. Kalau tak cukup rasa, ulang step sama untuk gula atau garam yer. Jangan masuk banyak-banyak terus. Nak repair kang susah. Ngeee...😀
5. Biar kuah sambal pekat sedikit, lepas tu boleh tutup api. Nanti lepas bakar, kuah akan jadi lebih pekat. So agak-agak la dulu masa kuah sambal dok dalam kuali tu ok.
6. Lumur ikan pari dengan serbuk kunyit dan garam. Susun cantik-cantik dalam aluminium foil yang diletak dalam talam.
7. Curah kuah sambal ke atas ikan pari dan balut dengan aluminium foil tu yer. Jangan ketat sangat, biar ada ruang selesa untuk ikan tu (konon).
8. Panaskan oven dahulu yer. Kemudian bakar ikan dengan suhu 180 C selama 30 minit.
9. Lepas 30 minit, buka aluminium foil tu dan masukkan bendi dan bawang besar yang dipotong bulat. Bungkus semula dan masukkan balik dalam oven. Bendi dan bawang akan masak dalam oven yang masih berhaba.

Tak payah masak sayur lain sebab dah ada bendi. Hihi...jimat masa boleh cepat-cepat makan!

Ikan

Asam Pedas Pari Untuk Dia

Friday, March 10, 2017

Asam Pedas Pari untuk dia

Acah-acah drama berantai 'Asam Pedas Untuk Dia' yang tayang kat TV3 tu kan. Ala...yang Syukri Yahya berlakon tu. Alah...Google jer lah kalo tak tau citer yang mana yer. Konon la kan. Haha...

Dah seminggu rasanya beli ikan pari ni. Ker 2 minggu ha? Lupa dah. Seminggu lebih kot. Ah, tak kisah lah. Saya nak buat ikan pari bakar jer. Letak la sambal sikit kan. Tapi mak saya kata, buat la asam pedas. Saya tak reti buat asam pedas. Suka makan asam pedas, tapi seumur hidup tak pernah buat. Tengok lah caner nanti.

Tiba hari nak masak, rasa nak cuba lah buat asam pedas ni. Nampak macam senang jugak kan. Tapi bab nak 'balance'kan rasa masam dan pedas tu macam payah plak. Saya la yang rasa macam tu sebab dah lama tak makan asam pedas. Dah la tak pernah buat. So, ni kira trial la kan. Try jer la. Jadi atau tak, kemudian cerita. Yang penting berani cuba! Tengok tagline i. 'Tak tahu takpe, yang penting berani cuba' gitewww....Nampak? Hahaha...

Asam Pedas Pari Untuk Dia

Bahan:

3 ketul ikan pari saiz besar
6 sudu cili kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 kuntum bunga kantan -diambil bahagian bunga dan dibelah 2
1 genggam daun kesum -nak tambah pun boleh
2 biji terung -boleh ganti dengan bendi
2 sudu asam jawa -diramas dengan 1 mangkuk air
6 sdb minyak masak
Garam
Gula

Dok dalam kuali lagi. Takut tak sempat ambil gambar.

Cara:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hidup dengan cili kisar. Jadikan 1 pes yang baru la. Ketepikan dulu.
2. Dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan belacan dan tumis hingga hancur semuanya.
3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
4. Tuang air asam jawa dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.
6. Perisakan dengan gula dan garam. Rasa la 10 kali pun xpe, sampai dapat rasa asam pedas yang umphhh!
7. Masak sampai kuah pekat sedikit. Matikan api. Saya suka tutup dengan tudung periuk dulu sebab nak make sure ikan masak. Hihihi...Nak hidang nanti baru buka tudung periuk tu. Siap!!

Nasi putih dengan asam pedas ni jer dah cukup. Tak perlu lauk lain. Confirm berpeluh makan weh!


Versi tambah bendi dan tomato. Ni tak aci sebab guna pes asam pedas segera. Zaman tak tau masak. Hihihi..

Ikan

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Monday, March 06, 2017

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Encik suami kata, ada hikmah blog masak-masak kami yang terdahulu tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditutup. Disebabkan perkara itu, saya kembali memasak menu-menu atau hidangan-hidangan baru. Kurang sikit lauk siaran ulangan katanya. Kalau tak, balik-balik ayam sambal katanya. Hihihihi....mujur la tak ayam goreng jer tau tak.

Walaupun saya terpaksa bermula semula membina kembali blog masak-masak, at least saya ada perkara untuk dibuat. Ada kerja, ada menu baru dan ada kelainan dalam hidangan kami anak-beranak. Dapatlah saya mengetes kembali kebolehan saya menyediakan menu-menu yang dah lama tak masak tu. Ok ker idok?



Jom lah tengok hidangan kali ni. Ikan cencaru sumbat atau ada yang panggil ikan cencaru sumbat belah belakang. Masa sekolah dulu saya tinggal di hostel. Memang selalu makan ikan ni. Kami panggil ikan ni ikan jaket. Sebab kulitnya tu tebal ala-ala pakai jaket. Kalau you all beli ikan cencaru @ jaket ni, minta orang jual tu belah bahagian belakang ikan yer. Saya belah sendiri sebab lupa nak pesan.

Ikan Cencaru Sumbat @ Ikan Jaket Belah Belakang

Bahan:

3 ekor ikan cencaru (saiz sederhana)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) -didadu
3 ulas bawang putih -dicincang
2 batang serai -dihiris halus
1/2 cwn kelapa parut
4 sdb cili kisar
4 sdb minyak masak
1/2 sdt pes asam jawa (pakai air asam jawa pun boleh)
1 sdb sos tiram
Gula
Garam
Serbuk kunyit
Aluminum foil -untuk balut ikan ketika dipanggang dalam oven


Cara:
1. Bersihkan ikan dengan asam jawa dan tos. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam halus. Kemudian ketepikan dahulu.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan serai. Biar serai masak bersama cili.
4. Masukkan pula kelapa parut dan gaul sebati.
5. Masukkan asam jawa & sedikit air. Jangan banyak sangat sebab kita mahukan sambal yang tidak berkuah.
6. Kemudian masukkan sos tiram. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sekejap dan siap.
7. Sumbatkan sambal tersebut ke dalam bahagian belakang ikan dan bahagian perutnya juga.
8. Balut dalam aluminium foil dan letak atas talam/tray pembakar.
9. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 C. Saya pakai built-in oven. (Suhu dan tempoh membakar bergantung kepada oven masing-masing).
10. Setelah tamat tempoh membakar, hidangkan ikan bersama nasi putih panas.

Terangkat baq ang!!!

Ikan

Gulai Lemak Cili Api Ikan Jenahak

Saturday, February 25, 2017

Gulai Lemak Cili Api Ikan Jenahak

"You jangan goreng pulak ikan ni tau," pesan encik suami. Hihihi...yelah yelah.... Kepala ikan jenahak dibelinya, kena ler masak yang special sikit. Bukan selalu dapat makan ikan. Saya pulak kalo dpt makan ikan goreng tu ler yang nikmat. Cicah dengan kicap dan bawang. Huih...tu jer cukup jadi lauk saya.

Beli kepala ikan tu pun konon nak test skill masak saya jugak. Kalau saya boleh masak sedap, next time ada rezeki lebih, boleh makan ikan jenahak lagi. Saya pun berdebar jugak sebenarnya nak masak gulai lemak cili api ni. Memang favourite dia tu. Risau tak sedap, terpedas, kurang lemak ker apa kan. Kang terkeciwa pulak. Kita pun serba salah. Eh, dah la. Jom la tengok resepi cara saya. Cara saya memasak, mungkin tak sama dengan orang N9. Yang penting encik suami puas hati sangat.

Gulai Lemak Cili Api Ikan Jenahak

Bahan:
3 ketul ikan jenahak (ikan lain pun boleh jer)
5 biji cili padi -tambah jika suka pedas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 keping asam gelugur/asam keping
2 batang serai -dititik/tumbuk sedikit
1 ketul kiub ikan bilis
200ml santan (saya pakai santan kotak)
2 cwn air (ikut nak banyak kuah ker tidak yer)
2 biji tomato -dipotong 4
Garam secukup rasa


Cara:
1. Tumbuk hingga lumat cili padi, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan juga bahan tumbuk, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan dan pati ikan bilis. Biar ikan dan kuah mendidih dalam 5-7 minit. Agak-agak jer la tengok pada ikan tu dah masak ke belum kan.
4. Kecilkan sedikit api, tuangkan santan pula. Sambil tu jirus la ikan dengan kuah santan tu. Jangan dibalik-balikkan ikan tu. Pecah dia nanti. Kalau rasa kuah tak cukup kuning, tambah jer sikit serbuk kunyit. Pucat sangat tak cantik jugak kan.
5. Sambil tu masukkan garam. Kiub ikan bilis tu pun dah masin, jadi tak perlu banyak garam yer. Rasa la 2-3 kali. Kalau dah cukup rasa, tak perlu tambah apa-apa dah.
6. Masukkan tomato, biar kuah mendidih sikit. Dan boleh tutup api.

Bertambah-tambah la nasi dia. Lulus! Hihihi

Ikan

Grilled Salmon With White Sauce

Monday, February 20, 2017

Grilled Salmon With White Sauce

Ikan memang kegemaran saya sebenarnya. Mungkin dari kecil mak ajar kami adik-beradik makan ikan. Dan Salmon adalah salah satu yang saya kerap order kalau makan di restoran yang menyediakan masakan western. Sekarang ni nak makan selalu tak dapat la sebab mahal kot salmon ni. Pastu ikan mana kenyang sangat kan.

Ni first time saya buat resepi ni. Pada saya ni kira menjadi la walaupun kuahnya terpekat sedikit. Sebab bila sejuk kuah akan lebih pekat. So masa masak tu biar dia cair sikit takpe. Next time buat, saya upload gambar yang baru.

Grilled Salmon With White Sause
(Salmon Panggang Dengan Sos Putih)

Rujukan: lilkiddo.com

Bahan salmon:
1 ketul ikan salmon
1 sdb butter
3 ulas bawang putih -ditumbuk
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 sdt perahan lemon

Bahan sos:
2 sdb butter
1/2 biji bawang besar -dicincang
1 sdb tepung gandum
1/2 sdt daun parsli kering -boleh ganti herb lain ikut apa yang ada kat rumah
1 cwn susu segar/susu cair
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam

Cara salmon:
1. Satukan serbuk lada hitam, bawang putih dan garam. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan salmon.
2. Lumurkan pula perahan lemon dan butter hingga sebati. Perap selama 10-15 minit.
3. Setelah perap, panaskan kuali dan panggang salmon dalam 10-15 minit. Jangan terlalu lama untuk elakkan salmon menjadi keras. Ketepikan.

Cara sos:
1. Panaskan butter dalam periuk kecil. Goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih sambil kacau yer. Tak perlu tambah tepung lagi yer nanti jadi terlalu pekat macam 1st time saya buat tu.
4. Setelah mendidih, bolehlah matikan api dan mula mendeko salmon panggang anda yer.

Saya makan dengan kentang goreng serta buncis dan carrot rebus. Nyumssss!!!

Ikan

Ikan Masak Taucu

Thursday, February 16, 2017

Ikan Masak Taucu. Ini gulai taucu versi mak saya.

Ini memang favourite dish saya. Lagi-lagi kalau mak yang masak. Kuahnya tu saya ambil banyak biar nasi berenang-renang dalam pinggan. Butir taucu tu saya kaut, cili muda dan timun pun saya kaut. Pastu bila nasi habis, saya hirup baki kuah dari pinggan jer. Hihi... buruk perangai. Saya tak kisah. Tu nikmat hidup namanya! Hehe...

Saya ingat husband saya tak suka makan lauk ni, so memang saya tak pernah buat kat rumah sendiri. Satu hari saya hidangkan yang mak saya masak. Aik...suka rupanya. So saya cari la taucu dan masak sendiri. Senang rupanya. Boleh buat lagi la lepas ni sebab bos suka kan!

Ini pula versi saya. Nampak tak beza yang dah beratus kali masak dengan yang 1st time masak? Tapi resepi sama. 😀
Ikan Masak Taucu

Bahan:
3 potong ikan merah (ikan lain pun boleh) *
3 biji bawang merah -dihiris *
3 ulas bwang putih -dihiris *
1 ini halia -dimayang *
1 biji bawang besar -dibelah 4
4 sudu taucu brand Opah (saya guna brand lain sebab tak jumpa brand Opah kt sini)
1 biji timun -dibuang empulur, dipotong tebal 1cm, panjang 1 inci
2 biji cili hijau -dibelah tengah
4 sudu minyak -untuk menumis
3 cwn air
Garam
Gula


Cara:
1. Potong timun terlebih dahulu dan rendam dalam cuka supaya timun jadi rangup. Ketepikan dahulu. Kemudian barulah sedikan bahan-bahan lain.
2. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumis bahan bertanda * sehingga layu.
3. Masukkan taucu (sebanyak yang disukai) dan kacau sebati.
4. Masukkan air (sebanyak mana kuah yang disukai) dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan tunggu ikan masak.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan timun (tos dahulu timun tu yer).
7. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu. Sebelum letak garam, rasa dahulu kuahnya kerana taucu itu sendiri sudah masin.
8. Setelah mendidih, boleh tutup api dan hidang dengan nasi putih panas.

Bila la nak buat masak taucu ni lagi. Kena cari ikan nampaknya.

Like us on Facebook

Flickr Images