Air Asam Mom Min |
Sempena dah 8 bulan tak mengupdate blog kesayangan ni, mommy nak share resepi air asam yang dikongsi oleh sahabat sekolah menengah mommy, Nur Yasmin. Dalam group whatsapp kami, beliau glamour dengan panggilan Mom Min. Macam biasa mommy akan ubahsuai sedikit mengikut citarasa sendiri. Derhaka resepi namanya. Walaubagaimanapun, dasar resepi masih sama dan tidak jauh beza. Thank you for the recipe, Min.
Mom Min bagi resepi tanpa sukatan. So kita agak2 jer la yer. Ikut la kata hati nak letak bahan2 tu banyak mana. Hihihi... Kalau buat, make sure cukup2 untuk makan. Kalau terlebih nanti hilang umphh nya tau!
Air Asam Mom Min
Kredit : Puan Nur Yasmin
Bahan :
1 biji bawang besar
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
1 biji tomato (didadu)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam jawa (dibancuh pekat)
Jus limau kasturi (optional)
Sedikit santan (mommy tambah)
Cara :
1. Tumbuk separa lumat cili padi, cili hijau, cili merah & belacan.
2. Tumbuk bersama bawang merah, tomato (separuh). Tumbuk manja2 jer yer.
3. Masukkan bahan tumbuk & baki tomato ke dalam mangkuk. Campurkan air asam.
4. Perahkan jus limau, campurkan sedikit santan. Opah selalu buat air asam campur santan.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau sebati. Siap!!