Kudapan

Sukun Goreng

Wednesday, October 25, 2017

Sukun Goreng

Sukun. Jarang sangat kita makan buah ni. Kalau ada jumpa pun selalunya kat gerai pisang goreng. Tapi kita tak beli pun. Hehehe... Kali ni sebab opah bawak. Pun sebab kawan tok bagi. Kat rumah Ipoh mana ada orang nak makan. Jadi opah bawak datang rumah kita. Tapi masa opah dan tok datang tu pun masing-masing busy dengan jadual masing-masing. So, tergolek jer la buah sukun tu kat dapur.

Bila opah dan tok dah balik Ipoh, baru mommy ada peluang goreng sukun tu. Tu pun dah agak masak buahnya. Jadi agak susah nak potong sebab dah lembut sikit. Tapi, bila goreng tu rasa sedap jer makan. Manis dan rasa macam keledek! Korang pun suka makan. Accept Arman la kan. Memang memilih bebenor.

Okay, dalam resepi ni, semua bahan main agak-agak jer. Mommy memang takde sukatan tepat. Yang penting tepung salut untuk goreng tu pekat melekat yer. Kalau cair, memang tak best la makan.

Lapik dengan tisu dapur untuk serap minyak berlebihan.


Sukun Goreng


Bahan-bahan :

Sukun -dipotong nipis
Tepung beras
Secubit garam halus
Sedikit serbuk kunyit -untuk sedikit warna
Air
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Kupas kulit sukun dan potong sukun nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Dalam mangkuk, campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam halus. Tuang air sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan adunan yang sesuai.
4. Gaulkan sukun dengan adunan tepung beras tadi hingga semua sukun disaluti tepung.
5. Setelah minyak panas, laraskan kepada api sederhana.
6. Masukkan sukun sekeping demi sekeping ke dalam kuali. Balikkan dan goreng hingga kekuningan.

7. Angkat dan sedia dihidangkan.


Ni sukun yang dah dibelah dua. Konon2 nak simpan separuh. Hurrm..tak sempat. Habis sebijik sekali hadap.

Pastikan adunan pekat macam ni yer. Dan menyaluti sukun sepenuhnya sebelum menggoreng.

Goreng hingga kekuningan.
Untuk lebih menyelerakan, cicah sukun goreng dengan gula merah.

Sayur

Lemak Putih Fucuk Dengan Telur

Tuesday, October 24, 2017

Lemak Putih Fucuk Dengan Telur


Sesekali makan sayur lemak putih sedap jugak kan? Lagi sedap kalau makan dengan ikan goreng garing dan sambal belacan. Perrgghhhh...'merecik' bak kata Wak Doyok. Tu yang makan nasi tak ingat dunia tu. Sedar-sedar dah habis nasi seperiuk. Hahaha

Fucuk ni ada yang kedut, ada yang sekeping-sekeping. Kat tempat kita, mommy jumpa yang sekeping-sekeping tu jer. Mungkin ada la kot yang kedut kat kedai-kedai macam Speedmart tapi sebab kita jarang ke Speedmart kan. Opah suka beli yang kedut. Mommy rasa yang kedut tu kena rendam dulu sebelum kita nak masak sebab tebal. Yang sekeping-sekeping ni tak payah sebab nipis. Mommy basuh sikit dan terus masuk jer dalam periuk. Tapi, memang yang kedut tu lebih sedap dikunyah!

Okeh, jom tengok bahan apa kome kena ada kalau nak masak menu ni. Tak susah yer. Insyaallah resepi yang senang-senang dan simple-simple jer mommy ajar kome.


Lemak Putih Fucuk Dengan Telur


Bahan-bahan :

1 paket fucuk -dipotong pendek kepada beberapa bahagian
1 biji bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 sdb udang kering/ikan bilis -direndam sebentar
1 batang lobak merah saiz sederhana -dipotong ikut citarasa
1 tangkai cili merah -dihiris
2 biji telur -dipecahkan dalam mangkuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit suun -direndam sebentar
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan air. Masukkan bawang putih, bawang merah dan udang kering. Biarkan mendidih.
2. Masukkan lobak merah, cili merah, fucuk dan suun. Kacau sebentar. Api sederhana jer yer.
3. Apabila lobak merah telah separa lembut, masukkan santan. Kacau sebentar. Air dan santan tu adjust sendiri yer. Nak banyak kuah ker, nak kuah pekat ker, cair ker.
4. Masukkan pula telur yang telah dipecahkan dan sentiasa jirus kuah ke atas telur hingga telur masak.
5. Perisakan dengan garam, kacau lagi. Ok, siap untuk dihidangkan.

Jangan lupa makan dengan nasi putih, ikan yang digoreng garing dan sambal belacan meletop yer!

Sayur

Brokoli Goreng

Tuesday, October 24, 2017

Brokoli Goreng


Pasaraya Giant adalah tempat kita shopping barang dapur dan kelengkapan rumah yang lain. Seelalunya kita cuma pergi major shopping ni setiap 2 minggu. Tu kira beli stok banyak-banyak terus la. Penuhkan kabinet katanya. Tapi kalau ada bahan yang tak cukup, mommy ngulang ke kedai Acheh jer la. Tu yang kome selalu cukai mommy tu. Beli bun la, Mamee la, aiskrim la...It's okay, sebab mommy boleh claim. Hahaha...

Okay, sebenarnya mommy nak cerita pasal brokoli. Kenapa kome tak makan brokoli? Tau tak brokoli tu sedap dan berkhasiat? Sayur hijau kot...semua berkhasiat. Mommy pelik sangat kenapa susah sangat nak ajor kome makan brokoli. Semua ikut daddy...tak makan brokoli. Soffiya, masa umur 1 tahun dulu makan jer buat kunyah-kunyah. Dah beso sikit ni taknak lak dia. Please la...penat mommy masak itu ini, last-last mommy jer yang makan.

Isy...tak sampai lagi citer brokoli. Citer pasal kome lak yang taknak makan brokoli. Actually mommy nak bagitau, selalu mommy tengok brokoli tu harganya mesti lingkungan rm2.50 sepokok. Sepokok tu lebih kurang beso dua penumbuk mommy ni. Walaupun mommy tau daddy tak kisah kalau mommy ambil brokoli, tapi mommy rasa macam mahal lak. Tapi pada hari kita pergi Giant hari tu, harganya turun ke rm0.99 sepokok! Giler tak beli? Tapi mommy ambil 2 pokok jer sebab brokoli tak tahan lama dan mommy sorang jer makan kan?

Walaupun korang tak makan brokoli sekarang, mommy tetap bagi resepi campak-campak ni. Ianya inspirasi dari sahabat lama mommy masa kat PRS iaitu Puan Syamsiah Tan. Mudah-mudahan kome makan la brokoli ni esok-esok. Makan yer...eh, cuba yer...Haha


Brokoli Goreng

Kredit : Puan Syamsiah Tan


Bahan-bahan :

1 pokok brokoli -dipotong kepada bahagian-bahagian kecil
1 batang lobak merah saiz sederhana -dihiris nipis
1 mangkuk kecil udang basah -dibuang kulit
1 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 sdb sos tiram
1/2 cawan air
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan air, brokoli dan lobak merah. Kacau dan biarkan air mendidih.
3. Kemudian, masukkan udang, sos tiram dan secubit garam.
4. Gaul sehingga mendidih lagi dan hingga udang masak.
5. Tutup api dan siap untuk dihidangkan. Senang kan?

Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Ratah yang ni pun sedap. Nyum..nyum...

Like us on Facebook

Flickr Images