Kerabu Kacang Kelisa

Friday, September 29, 2017


Kerabu Kacang Kelisa



Tetiba rasa nak makan kerabu. Tak pernah buat sendiri. Makan yang orang buat ataupun yang beli jer. So Mommy rajinkan diri pergi Kedai Acheh depan tu untuk shopping. Hihihi. Dapatla paw duit Daddy beli bun pizza kegemaran korang tu skali. Kuikuikui

Okeh...kali ni Mommy buat kerabu kacang kelisa. Ada orang panggil kacang botor. Mana-mana la...bendanya sama. Ulin suka kan Ulin? Ulin ratah banyak kerabu ni masa Mommy buat hari tu. Gigih tau Mommy beli semua bahan. Almaklum masa tu peti ais macam dah kosong sebab kita outstation weekend sebelum tu. Takyah cakap banyak, mesti kena try resepi ni ok.


Kerabu Kacang Kelisa

Rujukan : Buku 'Resepi Istimewa Chef Hanieliza'



Bahan-bahan :

20 tangkai kacang kelisa
1 cawan kubis (Mommy ganti dengan daun salad sebab dah tak lalu tengok kubis)
1 labu bawang besar -dimayang
1 cawan kelapa parut (Mommy lebihkan)
5 biji limau kasturi -diambil jusnya
1 sdb gula (ikut citarasa)
Garam secukup rasa


Bahan kisar :

5 biji cili merah (Mommy buang bijinya)
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering



Cara-cara :

1. Basuh bersih semua sayur dan hiris nipis. Jangan nipis sangat la. Kang tak rasa plak seronok makan kerabu tu kan. Kikiki

2. Masukkan bahan kisar, kelapa dan garam ke dalam kuali. Guna api kecil/sederhana jer yer. Kacau sehingga sedikit kering.

3. Tutupkan api. Kemudian masukkan semua sayur, bawang, gula & jus limau kasturi. Adjust la rasa kerabu tu ikut tekak sendiri. Mesti ada manis, masin & masam sikit. Kacau rata.

4. Sedia dihidangkan.

Boleh tambah kacang panjang kalau suka. Tapi ni pun dah sedap untuk diratah tau.


Kalau ada ikan kembung goreng...huih...memang lagi terangkat makan kerabu ni. Aiseh!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images