Sayur

Pajeri Terung Untuk Daddy

Saturday, November 04, 2017

Pajeri Terung

Ok anak-anak...sekarang ni kita tengah dok depan tv bergelak ketawa menonton Maharaja Lawak Mega kat astro. Sambil-sambil la Mommy taip entry ni. Tak tau la boleh siap ker tak sebab tujuan utama kita adalah release tension depan tv. Hihihi...

Okeh, kalau korang belum tahu, pajeri terung ni favourite Daddy. Tapi lama Mommy tak masak sebab sebolehnya nak elakkan santan dan gula yang banyak. Pajeri ni guna banyak gula. Tak bagus untuk kesihatan. Tapi, bila Mommy masak pajeri terung, korang bukan nak makan terung tu. Ambil kuah jer. Mana boleh gitu. Kena la belajar-belajar makan terungnya jugak.

Risau tak siap entry ni. Eloklah Mommy teruskan dengan resepi jer. Macam biasa la, resepi masakan Melayu memang takde sukatan tertentu. Semua main agak-agak jer. Apa yang Mommy siapkan untuk anak-anak Mommy ni, dah hampir serupa dengan sukatan yang Mommy guna. But again, still kena agak-agak jer ok. (Lama betul simpan entry ni.)

Dalam kuali lagi u ols.

Pajeri Terung


Bahan-bahan :

5 biji telur panjang -dibelah dua
2 sdb udang kering -direndam seketika dan ditumbuk
3 ulas bawang kecil -ditumbuk
3 ulas bawang putih -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
3 sdb rempah kari daging
½ cawan santan pekat
4 sdb gula -boleh tambah atau kurangkan
4 sdb minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara-cara :

1. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga sedikit garing.
2. Masukkan pula rempah kari dan masukkan sedikit santan supaya tidak hangit. Kacau hingga rempah garing.
3. Masukkan terung dan tuang air untuk melembutkan terung. Jangan sampai terung tenggelam pulak yer. Agak-agak boleh bernafas tu cukup la. Tak cukup kang boleh tambah lagi air.
4. Biarkan mendidih dan terung kecut sedikit yer. Nak tutup dengan penutup periuk pun boleh. Sesetengah orang kukus dulu terung tu. Boleh juga.
5. Setelah terung agak kecut, masukkan gula dan garam. Laraskan rasa pajeri mengikut kesukaan. Nak tambah garam dan gula, silakan.
6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan sikit-sikit yer. Ikut kesukaan jugak. Kacau dan laras lagi rasa pajeri tu sampai dapat rasa yang disukai.
7. Apabila telah mendidih sedikit, tutup api dan hidangkan.

Ada manis dan pedas-pedas sikit.
Makan dengan nasi putih, ikan goreng garing dan sambal belacan. Metetups u ols!!!

Sayur

Sup Sayur Dengan Telur

Saturday, November 04, 2017

Sup Sayur Dengan Telur

Masa mommy tulis post ni, hari hujan. Tak lebat, tapi tetap hujan. Dan mommy ada 3 round kain untuk dikeringkan. Kena minta daddy bawak ke kedai dobi la jawabnya. Macam tahun lepas jugak la. Hujung tahun memang musim hujan. Sebelum tu panas terik. Dah memang Malaysia ni duduknya dekat dengan garisan khatulistiwa, maka iklim pun khatulistiwa la. Panas dan lembap sepanjang tahun. Faham? Ingat tak belajar kat sekolah?

Bilik daddy ni takde aircond. Kipas pula rosak. So, mommy kena bertenang untuk pastikan mommy tak berpeluh masa blogging. Hahaha...So far so good. Kejap lagi nak ambil Arman. Hopefully boleh siap entry ni sebelum pukul 11 pagi.

Resepi kali ni mommy suka sebab simple, tapi bab nak potong-potong tu leceh sikit la. Sebab semua nak kena potong kecik-kecik kan. Makan sup sayur ni teringat kenangan sebelum kahwin dengan daddy dulu. Masa tu kami dah bertunang. Setiap kali dinner, mommy akan order sup sayur. Sebab nak nampak cantik masa kahwin, dan dalam gambar. Kenyang actually. Sebab ada potongan dada ayam, sayuran dan sebiji telur. So kalau nak jaga pemakanan, dinner makan ni jer ok. Hahaha..


Sup Sayur Dengan Telur


Bahan-bahan :

10 batang kacang buncis -dipotong pendek
1 batang lobak merah -dipotong kecil
1 tangkai cili merah -dihiris
2 biji telur ayam -pecahkan dalam mangkuk
1 ketul kiub ikan bilis
2 ulas bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang putih -dicincang
2 sdb minyak masak
Sepotong kubis -dihiris
Segenggam udang basah saiz kecil -dibuang kulit
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak. Tumis bawang kecil dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang, tumis hingga masak. Tak perlu terlalu masak udang tu yer.
3. Tuang air secukupnya. Biarkan mendidih.
4. Masukkan buncis, lobak merah, cili merah, kubis dan kiub ikan bilis. Biarkan seketika hingga sayuran separa lembut. Agak-agak jer la. Nak picit dengan tangan pun boleh.
5. Masukkan pula telur dan biarkan sup mendidih. Sambil tu kacau perlahan-lahan supaya telur tadi tidak berserakan. Biar telur kuningnya bulat jer.
6. Setelah telur masak, perasakan dengan sedikit garam jika suka. Tak perlu banyak garam sebab kiub ikan bilis dah masin.
7. Setelah mendidih lagi, tutup api dan boleh dihidangkan.

Kalau nak turunkan berat badan, makanlah sup sayur untuk dinner yer. Jangan makan yang lain.

Boleh tambah apa-apa sayur yang digemari seperti putik jagung, cendawan, saderi, capsicum atau tomato.

Desert dan Manisan

Agar-agar Frozen

Thursday, November 02, 2017

Agar-agar Frozen.
Let it go...let it go...hehehe... Mommy tak hafal langsung lagu ni. Sebab ni kartun baru. Bukan zaman mommy. Kita pun tak tengok kat cinema. Kome tengok dengan kawan-kawan sama ada kat sekolah atau taska jer rasanya. Mungkin masa filem kartun ni keluar kat pawagam, mommy tengah busy kerja kat bank. So, kita tak berpeluang keluar sangat. Sebab weekends mommy sediakan baju sekolah dan standby. Selalu nak keluar jer, kena gi ofis lak. Takpe, abaikan cerita lama tu. Kenangan sangat kan!


Mommy gandakan bahan-bahan dan gunakan loyang 12 inci
Resepi ni mommy buat untuk di bawa ke rumah terbuka kawan mommy iaitu Kak Liya. Kome panggil dia Aunty Liya ler. Selain tu kita bawa juga ke rumah jiran kita Aunty Shikin dan Uncle Nas. Pun rumah terbuka sempena Aidil Fitri hari tu. Lama dah baru mommy nak masukkan resepi dalam blog. Hihi...

Selain agar-agar biru, mommy buat warna pink dan hijau. Semua potong dan letak dalam bekas. Dan kita simpan sikit setiap warna untuk dimakan di rumah. Sebab kita guna bua-buahan yang berbeza. So, dapat la mommy tentukan gabungan mana yang lebih menarik di tekak! Dan mommy lebih suka yang berwarna hijau sebab kita guna buah-buahan tropika. Kome mesti suka biru kan? Sebab FROZEN.

Resepi agar-agar frozen ni mommy dapat daripada FB. Group MAHN. Mommy lupa nak salin nama penyumbang resepi ni. Jika puan itu terbaca blog ni, saya mohon share resepinya yer. Dalam resepi ni, mommy guna sukatan cawan metrik yer anak-anak. 

Versi Frozen dengan buah longan. Selasih lupa nak letak pulak.


Agar-agar Frozen


Bahan-bahan agar-agar kiub :

1 cawan air
1½ sdt serbuk agar-agar
1 sdb gula
1 titis pewarna biru


Cara-cara :

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula serta pewarna.
3. Tuang ke dalam loyang dan keraskan.
4. Setelah agar-agar keras, potong kiub.


Bahan-bahan lapisan bawah :

2 cawan air
2 sdb susu pekat manis
3 sdb gula
2 sdt serbuk agar-agar
2 titis pewarna biru


Cara-cara :

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula, susu serta pewarna.
3. Tuang ke dalam loyang lain dan keraskan.


Bahan-bahan lapisan atas :

2 cawan air
3 sdb gula
2 sdt serbuk agar-agar


Cara-cara :

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula.
3. Kacau hingga gula larut.


Bahan hiasan :

Buah longan -dipotong dua
Biji selasih (rendam dalam air panas. Setelah kembang, tapis)



Cara-cara :

1. Setelah lapisan bawah keras, ambil garfu dan cakar-cakar permukaannya. Ini adalah untuk membolehkan lapisan atas melekat dengan lapisan bawah setelah siap nanti.
2. Tuangkan perlahan-lahan agar-agar lapisan atas ke permukaan lapisan bawah yang telah dicakar-cakar tadi.
3. Taburkan agar-agar kiub, susun biar cantik.
4. Susun longan di ruang-ruang kosong atau di sebelah agar-agar kiub tadi.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah cukup keras, bolehlah dipotong dan dimakan sejuk.

Versi hijau dengan buah-buahan tropika.

Cantik kan hijau?

Versi pink dengan buah laici dalam tin dan biji selasih.

Nampak tak agar-agar kiub, buah laici dan selasih?

Tukar buah kepada anggur, strawberi atau delima untuk menimbulkan kontras warna.

Like us on Facebook

Flickr Images