Agar-agar Frozen
Thursday, November 02, 2017Agar-agar Frozen. |
Mommy gandakan bahan-bahan dan gunakan loyang 12 inci |
Resepi ni mommy buat untuk di bawa ke rumah terbuka kawan mommy iaitu Kak Liya. Kome panggil dia Aunty Liya ler. Selain tu kita bawa juga ke rumah jiran kita Aunty Shikin dan Uncle Nas. Pun rumah terbuka sempena Aidil Fitri hari tu. Lama dah baru mommy nak masukkan resepi dalam blog. Hihi...
Selain agar-agar biru, mommy buat warna pink dan hijau. Semua potong dan letak dalam bekas. Dan kita simpan sikit setiap warna untuk dimakan di rumah. Sebab kita guna bua-buahan yang berbeza. So, dapat la mommy tentukan gabungan mana yang lebih menarik di tekak! Dan mommy lebih suka yang berwarna hijau sebab kita guna buah-buahan tropika. Kome mesti suka biru kan? Sebab FROZEN.
Resepi agar-agar frozen ni mommy dapat daripada FB. Group MAHN. Mommy lupa nak salin nama penyumbang resepi ni. Jika puan itu terbaca blog ni, saya mohon share resepinya yer. Dalam resepi ni, mommy guna sukatan cawan metrik yer anak-anak.
Versi Frozen dengan buah longan. Selasih lupa nak letak pulak. |
Agar-agar Frozen
Bahan-bahan agar-agar kiub :
1 cawan air
1½ sdt serbuk agar-agar
1 sdb gula
1 titis pewarna biru
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula serta pewarna.
3. Tuang ke dalam loyang dan keraskan.
4. Setelah agar-agar keras, potong kiub.
Bahan-bahan lapisan bawah :
2 cawan air
2 sdb susu pekat manis
3 sdb gula
2 sdt serbuk agar-agar
2 titis pewarna biru
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula, susu serta pewarna.
3. Tuang ke dalam loyang lain dan keraskan.
Bahan-bahan lapisan atas :
2 cawan air
3 sdb gula
2 sdt serbuk agar-agar
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dengan cara melayang-layangkan serbuk tersebut. Kalau tidak, ia akan berkumpul. Jangan kacau dulu larutan ini yer.
2. Setelah serbuk agar-agar hancur, barulah dikacau larutan dan masukkan gula.
3. Kacau hingga gula larut.
Bahan hiasan :
Buah longan -dipotong dua
Biji selasih (rendam dalam air panas. Setelah kembang, tapis)
Cara-cara :
1. Setelah lapisan bawah keras, ambil garfu dan cakar-cakar permukaannya. Ini adalah untuk membolehkan lapisan atas melekat dengan lapisan bawah setelah siap nanti.
2. Tuangkan perlahan-lahan agar-agar lapisan atas ke permukaan lapisan bawah yang telah dicakar-cakar tadi.
3. Taburkan agar-agar kiub, susun biar cantik.
4. Susun longan di ruang-ruang kosong atau di sebelah agar-agar kiub tadi.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah cukup keras, bolehlah dipotong dan dimakan sejuk.
Versi hijau dengan buah-buahan tropika. |
Cantik kan hijau? |
Versi pink dengan buah laici dalam tin dan biji selasih. |
Nampak tak agar-agar kiub, buah laici dan selasih? |
Tukar buah kepada anggur, strawberi atau delima untuk menimbulkan kontras warna.
0 comments