Kuih-muih

Seri Muka Gula Merah

Tuesday, October 31, 2017

Seri Muka Gula Merah
Ni memang antara favourite Malay traditional cakes mommy. Cake tu...kuih la kot. Kalau buat sendiri, seriously mommy boleh habiskan sepelengat tu sorang-sorang tau. Tapi mommy terpaksa control sebab takut gedempol. Hahahaha...

Arman suka jugak, tapi dia makan yang manis jer. Pulut taknak. Ilan sepatutnya suka kuih seri muka ni tapi kebelakangan ni macam tak berapa makan. Kenapa? Tak sedap? Nak yang warna hijau? Next post mommy try yang hijau pulak yer. Dulu-dulu ada buat tapi gambar entah hilang ke mana. Huhuhuhu

Kuih seri muka ni perlu dikukus. Kalau kome takde pengukus, pegi la beli satu yer. Tengok tinggi loyang pengukusnya, lebarnya tu. Sesuaikan dengan loyang yang kome ada yer. Elok kalau beli pengukus yang besar. Loyang pun elok la ada yang bulat. Boleh guna untuk kukus, boleh juga guna untuk buat kek.

Resepi ni mommy ambil dari Blog Resepi Bonda. Alhamdulillah kuihnya menjadi dan sedap. Bila mommy bagi kat Aunty Yana jiran kita tu sikit, dia pun suka. Sedap katanya. Sukatan bawah ni boleh dapat dua loyang saiz sederhana sebab mommy guna cawan metrik. Kalau kome nak sikit, buat separuh adunan sudah. Mommy suka buat banyak. Boleh bagi jiran. Lagipun kita ramai dan kuat makan. Hahahaha

Ni tak sabar nak makan. Tak sejuk lagi dah potong. Tak kemas kan?


Seri Muka Gula Merah

Rujukan : Blog Resepi Bonda


Bahan-bahan lapisan bawah :

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair (mommy guna 1 cawan santan pekat + 1 cawan air masak)
1 sdt garam halus
2 sdt minyak masak (mommy tambah supaya pulut tak lekat pada loyang)


Bahan-bahan lapisan atas :

2½ cawan santan pekat
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
½ cawan air
½ cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 biji telur
½ sdt garam halus


Cara-cara :

1. Basuh beras pulut dan rendam selama 2-3 jam.
2. Setelah cukup masa, toskan beras pulut. Dalam masa yang sama, panaskan pengukus.
3. Masukkan beras pulut dan kesemua bahan untuk lapisan bawah yang lain ke dalam loyang. Gaul sebati kesemuanya.
4. Kukus beras pulut selama 30 minit.
5. Sementara pulut dikukus, sediakan bahan untuk lapisan atas.
6. Dalam periuk, masak gula merah dan gula pasir bersama air hingga larut.
7. Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan lapisan atas yang lain.
8. Kemudian, tapiskan air gula yang telah siap dimasak ke dalam campuran tadi. Masukkan juga santan dan kacau sebati semuanya. Tuang semula adunan ke dalam periuk.
9. Masak sebentar adunan atas api sederhana kecil hingga suam-suam kuku. Kena kacau yer kalau tak nanti adunan ni keras kat bahagian dasar periuk. Kalau naik wap tu kira ok dah tu.
10. Setelah 30 minit, jenguklah pulut kita dalam pengukus tu. Angkat keluar sekejap dan mampatkan pulut tadi dalam loyang yang sama.
11. Setelah mampat, letak semula loyang ke dalam pengukus. Kemudian barulah tuangkan adunan tepung tadi ke atas lapisan pulut.
12. Kukus lagi selama 30 minit. Boleh buka penutup kukus 10 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang cantik berseri.
13. Setelah dikukus, keluarkan dari loyang dan sejukkan pada suhu bilik. Tunggu lapisan atas tu kering jugak yer.
14. Dah sejuk sepenuhnya boleh la mula potong. Guna pisau plastik kalau nak dapat potongan yang cantik yer.

Kukus dua loyang sekaligus.
Tunggu permukaan kering dulu macam ni yer.
Permukaan kering tapi belum sejuk. Pastu tak guna pisau plastik. Comot sikit.
Sedia untuk dimakan!!!!!! Puas hati sangat!

Kalau nak makan untuk sarapan, seeloknya disediakan malam sebelumnya. Kalau nak makan petang, buatlah kuih seri muka ni di pagi hari. Ok?

Kudapan

Tempura Cendawan Enoki

Tuesday, October 31, 2017

Tempura Cendawan Enoki
Tempura enoki atau nama Melayunya 'cendawan enoki goreng tepung' adalah suatu jenis makanan yang sesuai untuk kudapan atau dimakan bersama nasi. Sedap baq ang. Macam makan keropok! Dua paket tak cukup yer untuk makan seorang! Soffiya jer dah 1 paket. Kalau bercita-cita nak sediakan tempura cendawan enoki untuk family, beli la enoki tu 10 bungkus. Hahahaha. Bukan mahei pun. Singget jer kot sepeket. Tapi zaman-zaman kome dah pandai masak nanti tak tau la mommy berapa regenya. Harap tak la mahei sangat.

Sebelum ni mommy dah pernah buat tempura cendawan enoki ni. Tapi masa tu berlemuih dan agak tak menarik rupa kejadiannya. Kali ni mommy dapat idea nak cantiknya hasilnya. Mungkin macam ni la yang orang lain buat untuk dapat hasil yang superb. Pastikan jari-jemari kering ketika menggaul.

Next time mommy update gambar cendawan enoki dan gambar tepung segera yang mommy guna berserta step penyediaannya sekali yer. Hari tu Soffiya guna handphone untuk tengok youtube. So, tak dapat la mommy shooting gambar masak. Later mommy update.

Bila gaul dengan jari yang kering, dapat la hasil yang macam gini rupanya.

Tempura Cendawan Enoki


Bahan-bahan :

Cendawan enoki
Tepung serbaguna (mommy guna brand Bestari-pedas)
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Potong bahagian akar cendawan enoki dan ambil bahagian atasnya sahaja. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar.
3 Sementara itu, dalam pinggan leper yang besar, tuang beberapa sudu tepung serbaguna. Letakkan sedikit cendawan enoki di atas tepung tadi.
4. Kemudian tuang lagi tepung serbaguna di atas cendawan enoki tadi. Dengan jari yang kering, diulang jari yang kering, gaul cendawan enoki bersama tepung serbaguna hingga setiapnya bersalut. Ketepikan yang telah bersalut. Ulang proses hingga habis.
5. Setelah minyak panas, laraskan ke api sederhana dahulu yer.
6. Boleh mula menggoreng cendawan enoki yang telah sedia disalut tepung tadi. Goreng sedikit-sedikit yer. Angkat tempura cendawan enoki setelah warnanya bertukar kuning keemasan.
7. Alas tempura cendawan enoki dengan tisu dapur untuk serap minyak berlebihan yer. Nanti nak hidangkan, gantikan dengan tisu yang baru. Tapi mommy selalu tak dan tunggu hidang. Kat dapur lagi mommy dah ratah. Hahaha...Siap!!!

Dua paket dapat semangkuk macam ni. Tak cukup ni weh untuk seorang makan.
Kalau taknak pedas, guna la tepung Bestari yang biasa atau boleh guna tepung serbaguna jenama lain juga yer.

Sayur

Sup Sayur Dengan Fungus Hitam

Monday, October 30, 2017

Sup Sayur Dengan Fungus Hitam
Fungus hitam ni selalunya digunakan dalam masakan-masakan Cina. Dalam sup selalunya. Tapi apa yang membuatkan mommy tertarik untuk cuba masak sendiri menu ni adalah bila kita makan di kenduri jiran rumah TTJ kat Seremban hari tu. Menu kenduri tu salah satunya adalah fungus hitam ni. Tapi dimasak gulai lemak! So, sesuatu yang asing dan baru pada mommy, gulai lemak fungus hitam.

Bermula la sesi mencari fungus hitam. Kawan-kawan kata kat hypermarket banyak. Selama ni kita tak pernah nampak pun. Mungkin sebab kita tak cari. Kebetulan minggu tu kita pergi shopping barang dapur, masa jalan-jalan cari barang tu, mommy ternampak fungus hitam ni. Mahal jugak yer? Tak pe la...beli jugak sebab nak makan kan. Lagipun daddy makan jugak masa kat kenduri tu. So, ok la kan. Kalau daddy tak makan, memang punah la harapan....

Tapi untuk kali ni, mommy masak sebagai sup jer dulu. First try ni kita guna sikit jer la dulu. Sebab tak pernah masak. Kalau tak jadi pun, ada lagi baki sebab kita guna sikit jer. Untuk menampakkan meriahnya sup ni, kita pelbagaikan bahannya.

Sesuai juga sebagai menu diet tau!

Sup Sayur Dengan Fungus Hitam


Bahan-bahan :

2 ulas bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang putih -dicincang
1 inci halia -dihiris
1 ketul dada ayam -dihiris kecil
2 biji kentang -dibuang kulit dan dibelah 8
1 biji lobak merah -dipotong ikut citarasa
10 tangkai kacang buncis -dihiris serong
1 ketul kiub ayam
2 biji telur ayam
2 sdb minyak masak
Segenggam fungus hitam -direndam 2 jam
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Cuci terlebih dahulu dan kemudian rendam fungus hitam selama lebih kurang 2 jam. Sambil tu sediakan bahan-bahan lain untuk sup ini dan masaklah lauk-pauk yang lain dulu yer. Hehe
2. Setelah cukup masa, panaskan minyak dalam periuk.
3. Tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.
5. Tuangkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang dan fungus. Biarkan kentang separa empuk.
7. Kemudian masukkan lobak merah dan kacang buncis pula. Kalau tak cukup air, boleh tambah lagi dan biarkan mendidih.
8. Pecahkan kulit telur dan masukkan telur ke dalam sup fungus kita. Kacau sup perlahan-lahan supaya telur tidak pecah sepenuhnya.
9. Kemudian rasa sup. Kalau tak cukup masin dari kiub ayam tadi, tambah la sedikit garam lagi yer.
10. Dah cukup rasa, dah cukup masak, tutup api dan jamu la dengan nasi panas. Nak hirup sup saja pun boleh. Panas-panas la sedap. Perghhh!!!

Siapkan baha-bahan macam ni untuk memudahkan proses masak.

Rendam 2 jam yer. Lebih kurang la.

Ni la rupa fungus hitam yang kering, sebelum direndam.

Ni mommy ratah lepas masak. Hahahaha...tak sabo weh.

Pelbagaikan jenis dan warna sayur supaya sup lebih menarik dan berkhasiat.

Sayur

Buncis Goreng Tepung

Monday, October 30, 2017

Buncis Goreng Tepung
Buncis goreng yang disalut tepung ni selalu opah buat dulu. Masa ramai orang masih makan. Sekarang opah pun jarang-jarang buat macam ni kot. Sebab semua nak jaga kesihatan. Nak kurangkan goreng-goreng. Mommy pula buat sekarang. Bagi kome makan dan rasa semua makanan yang mommy pernah makan. Cuba la kan. Supaya takde la kome memilih makanan.

Kawan mommy Cik Anita Natasha kata ni macam tempura. Oooo...mommy pun baru tau. Hihihi... Resepi ni senang sesangat. Boleh buat bila kome rasa takde idea nak masak sayur atau boring dengan menu yang selalu buat tu. Jangan tak tau, buncis goreng tepung ni pun boleh jadi kudapan jugak tau. Lepas goreng tu sedap jer meratah. Kadang tak sedar dah surut yang dalam pinggan. Pastu bila time makan nasi, kita kata tak cukup.

So, kalau nak buat menu buncis goreng tepung ni, make sure kome ada buncis yang banyak yer. At least sekali ganda dari yang biasa kome masak tu. Hahaha...tak caya cuba buat tengok. Dah..dah...jom tengok apa bahan yang senang sangat tu.


Buncis Goreng Tepung

Kredit : Puan Rosnani


Bahan-bahan :

Kacang buncis
Tepung beras
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam (jika suka)
Secubit garam halus
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Bersihkan kacang buncis. Buang sedikit kedua-dua hujung kacang buncis.
2. Kemudian potong kepada 2 atau 3 bahagian. Belah di bahagian tengahnya tetapi jangan sampai putus pula yer. Ketepikan dahulu.
3. Dalam bekas lain, tuang tepung beras secukupnya.
4. Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit secukupnya. Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau. Adunan mesti pekat dan cukup untuk salut kesemua kacang buncis tadi.
5. Rasa sedikit adunan dengan jari. Sesuaikan rasa dengan garam atau serbuk lada hitam.
6. Setelah berpuas hati, masukkan kacang buncis ke dalam adunan tepung beras dan gaul sehingga buncis disaluti sepenuhnya.
7. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah cukup panas, masukkan satu persatu kacang buncis yang telah disalut tepung beras tadi.
8. Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
9. Siap untuk dihidang.

Adunan mesti pekat untuk dapat hasil yang memuaskan.

Goreng hingga kuning keemasan.

Kalau diratah pun sedap ni. Tak cukup semangkuk besar tau.

Boleh ganti serbuk lada hitam dengan serbuk kari atau paprika jika suka.

Western

Pai Shepherd Ariana Rose

Sunday, October 29, 2017

Pai Shepherd Ariana Rose

Memang dah lama mommy nak buat shepherd pie ni. Lama sangat. Sejak tengok drama rangkaian Ariana Rose. Kikikiki...Masa tu Tengku Adam dengan Ariana Rose makan kat hotel. Tengku Adam order Shepherd Pie. Start dari situ mommy pun tetiba teringin nak makan shepherd pie ler konon. Hahahaha...drama sangat tau.

Beberapa tahun lepas tu, dalam group whatsapp sekolah menengah pulak. Ada sahabat lama Puan Nurul Iman buat shepherd pie untuk bekal sekolah anak-anaknya. Alahai... teringat balik kat drama Ariana Rose. Lepas bertahun pun masih mommy tak dapat merasa shepherd pie ni. Syahdu jer bunyinyer kan. Tak tau la sama ada tak pernah jumpa atau memang sengaja tak beli.

Berbulan-bulan lepas tu pulak tetiba bahan-bahan yang diperlukan tu semuanya ada. Kecuali beberapa bahan yang tak berapa penting la kan. Dengan keazaman nak makan shepherd pie, dan kerajinan yang masih membara, mommy pun gagahkan diri sediakan menu kudapan kita ni. Kudapan ker? Hahahaha...

Eh, ni kalau beli, mangkuk saiz macam mommy buat ni mau rm7 harganya tau. Haaa.... ni mommy buat sendiri, makan la puas-puas. Kalau ikut yang dah masuk dalam perut Ulin tu, mau rm30-rm40 dah regenya. Herrrmmmm.....tapi tu la...Arman tak berapa suka. Soffiya tak reti nak makan lagi menu-menu macam ni. Ilan ok la...telan jugak dalam 2 ketul. Daddy? Sib baik dia suka. Mommy of course la suka. Gila tak suka makanan western macam ni? Dah la hasilnya mak datuk mabeles!!!! Sedap kot resepi chef ni.

Post kali ni banyak gambar. Sampai mommy terpaksa pilih-pilih. Tapi still banyak jugak gambar. Takpe...biorkan. Mommy suka blog yang banyak gambar. Baru la terhibur para pengunjungnya. Jom buat shepherd pie!


Semuanya secukup rasa. Alahai...teringat plak kat pie ni. Kena buat lagi ni.


Pai Shepherd Ariana Rose

Rujukan : Buku '1 Hari 1 Resepi' Chef Hanieliza


Bahan-bahan inti :

500 gram daging kisar
1 labu bawang besar -dipotong dadu
1 ulas bawang putih -dicincang halus
1 cawan kacang panggang (mommy guna 1 tin besar)
8 biji cendawan butang -dibelah 4 atau 6 (mommy guna 1 tin besar)
5 biji tomato ranum -dipotong dadu (mommy gantikan dengan 4 sdb sos tomato)
1 batang lobak merah -dipotong dadu
1 pokok daun parsley -dicincang (mommy skip bahan ni)
1 sdb tepung jagung -dibancuh dengan 1 cawan air (mommy guna ½ cawan air sahaja)
1 sdb serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-bahan pai :

1 kg kentang -dipotong dadu
½ cawan susu segar
2 sdb mentega
1 sdt lada sulah
1 sdt garam halus
Daun parsley kering untuk hiasan
Air bagi merebus kentang secukupnya

Mangkuk aluminium dengan saiz kesukaan (mommy beli macam dalam gambar)

Cara-cara membuat inti :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca terlebih dahulu dan ketepikan untuk proses seterusnya nanti.


Bawang besar, bawang putih, lobak merah dan cendawang butang.




















Cendawan butang dan kacang panggang dengan tin saiz besar.
Daging kisar akan mengeluarkan air yang akan membantu proses memasak ini.
Setelah daging masak, masukkan kacang panggang, lobak merah, stok daging, serbuk lada hitam, sos tomato dan garam.


Inti yang telah siap dimasak diketepikan dahulu.

Cara-cara membuat pai :


1. Masukkan kentang ke dalam periuk dan tuang air hingga paras kentang sahaja. Masukkan secubit garam dan rebus kentang sehingga airnya kering.
2. Lenyek kentang ketika masih panas dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega. Sebatikan.
3. Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium dan ratakan sedikit.
4. Masukkan pula inti dan ratakan. Tutup inti dengan kentang dan ratakan bahagian atasnya.
5. Taburkan sedikit parsley kering di atas kentang tadi.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pai dengan suhu 190⁰C selama 30 minit. Suhu membakar ikut oven masing-masing yer.
7. Setelah 30 minit, siap dah Shepherd Pie kita!!!! Tunggu suam-suam, boleh la makan dah.


Kentang yang dipotong dadu. 
Rebus kentang dengan air separas kentang atau kurangkan sedikit.

Kentang yang telah siap dilenyek dan diperisakan.
Saiz cup 7.5cm X 5cm.
Dalam mangkuk, masukkan kentang-inti-kentang-parsley kering. Ni cara mommy. Resepi asal, tak perlu kentang di bawah yer.
Panaskan oven 15 minit, lepas tu bakar pai selama 30 minit dengan suhu 190⁰C.
Dibakar cantik keperang-perangan gitewww.
Puas hati dapat makan macam ni. 

Nampak macam ada cheese lak. Tapi tidak. Ia adalah kentang!


Mommy dapat 16 ketul saiz macam ni.
Nak kena repeat buat ni. Nyum..nyum...

Sesuai untuk minum petang dan majlis keramaian. Confirm tak cukup semangkuk kecil tu tau!!!

Kudapan

Jemput-jemput Pisang Atau Cekodok Pisang

Saturday, October 28, 2017

Jemput-jemput Pisang atau Cekodok Pisang


Cekodok pisang atau bahasa indahnya adalah jemput-jemput pisang memang all time favourite kan! Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Tapi kita belasah jer bila-bila pun. Sebab mommy memang takde fixed dish untuk kita makan anak-beranak. Apa ada kita makan dan perabeh. Hahaha

Pisang apa yang sesuai untuk buat cekodok? Tentulah pisang yang ranum, kuning isinya. Haaa...jenis pisang pula macam pisang awak, pisang abu, pisang raja dan pisang nangka. Pisang yang kita selalu beli untuk makan tu pun boleh, macam pisang berangan, pisang montel dan pisang emas. Kalau tak kenal jenis-jenis pisang ni, kome tanya jer Encik Google. Tak pun tanya jer orang kedai tu. Mommy pun tak kenal sangat pisang. Tau makan jer. Hihihihi...

Okeh, kali ni memang mommy beli pisang khas untuk buat cekodok. Mommy beli pisang yang paling buruk kulitnya yang ada kat kedai Acheh tu. Tapi, walaupun kulitnya dah hitam, isinya masih cantik lagi. Takde hitam atau isi lembik atau berair langsung. Tak sempat pula mommy nak snap gambar. Sebab handphone mommy selalu kena hijack dengan kome. Soffiya la selalunya.

Soda bikarbonat yang buat sarang tu. Tepung beras pula buat tanduk-tanduk rangup tu yer.


Peminat tegar cokodok ni sebenarnya Arman. Dia selalu minta, tapi mommy jarang sangat buat. Dia sangat susah nak disuruh makan. Sebab tu bila dia kata nak makan, mommy sebolehnya cuba tunaikan apa dia minta. Slowly mommy ajar dia makan macam-macam makanan supaya bila besar nanti tak susah nak cari makan. Biar badan dapat khasiat yang sepatutnya. Makan roti jer mana nak dapat khasiatnya.

Ish...panjang cerita lain pulak. Nak pesan ni, cekodok tu jangan keras, tapi jangan lembik pula. Kena kenyal-kenyal sikit baru sedap. Lembut sangat pun tak boleh nanti berminyak sangat pulak. So, agak-agak la bahan-bahannya. Mommy pun tak pernah sukat betul-betul pulak. Sebab cekodok ni bukan kek. Kalau kek pisang lain la. Sebolehnya kena ikut sukatan kek jugak yer.


Jemput-jemput Pisang Atau Cekodok Pisang


Bahan-bahan :

2 cawan pisang -dilenyek (pilih yang ranum tetapi jangan pisang yang dah berair!!)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt garam halus
4 sdb gula
Minyak untuk menggoreng

Mommy suka tekstur macam ni. Tak padan sangat. Lembut dan tidak keras.


Cara-cara :

1. Buang kulit pisang dan dalam bekas besar, lenyek isi pisang hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
3. Jika adunan agak lembik, tambah lagi tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna.
4. Masukkan pula gula mengikut citarasa. Jangan manis sangat, nanti hilang rasa pisang.
5. Masukkan sedikit garam halus dan kacau sebati. Rehatkan sebentar adunan yer.
6. Sementara itu, panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
7. Jemputkan adunan tadi dengan jemari tangan atau gunakan sudu. Mommy guna 1 sudu untuk cedok, dan 1 lagi sudu untuk tolak adunan ke dalam minyak. Saiz sederhana jer yer.
8. Pastikan api tidak terlalu besar. Balik-balikkan adunan hingga warnanya menjadi coklat gelap.
9. Angkat dan toskan. Dah siap dah cekodok pisang. Yeay!

Nyum...nyum...sedap dimakan ketika suam-suam gitewww...
Warna cekodok kena gelap, baru sedap! Jangan sampai rentung sudah la....

Ayam

Rendang Ayam Mudah Tetapi Sedap

Thursday, October 26, 2017

Rendang Ayam Mudah Tapi Sedap

Dulu mommy tak pandai masak dan tak pernah masak langsung. Dah bertunang dengan daddy baru mommy belajar-belajar masak. Selepas kahwin baru mommy betul-betul masak. Tu pun main dengar jer opah sebut resepi dan tengok cara masak. Lepas tu pandai-pandai la buat sendiri. Hihihi..

Tapi hari ni, siapa sangka mommy dah boleh masak sendiri rendang ayam! Walaupun bahannya tak lengkap, tapi rasa rendang ni dah meletop dah kat tekak daddy. Kome pun suka makan. Opah dan tok pun puji. Hihihihi... Walaupun begitu, bukan setiap kali masak dapat rasa yang sama. Hahahaha...tak konsisten! Yang penting, sedap kat tekak kita sekeluarga!

Rendang ni mommy dah banyak kali jugak masak. Tapi rupanya tak lawa. Tapi kali ni lawa sikit sebab ada daun kunyit tu. Selalu mana la mommy rajin nak hiris daun kunyit tu. Kome nanti asing-asingkan daun tu. Bukannya makan pun. Tapi sebab nak masuk dalam blog, kena cantik sikit la kan.


Rendang Ayam Mudah Tetapi Sedap

Kredit : Puan Rosnani


Bahan-bahan :

1 ekor ayam -dipotong 20
5 sdb cili kisar (sila rujuk resepi cili kisar dalam blog ni)
5 inci kunyit hidup -dikisar bersama cili
5 batang serai -dikisar bersama cili
2 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat (mommy guna 1 kotak kecil santan)
2 helai daun kunyit -dihiris halus ATAU
Beberapa helai daun limau purut -diracik
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara :

1. Cuci bersih ayam dengan tepung gandum, buang lemak dan kulit. Sekali-sekala taknak buang kulit pun takpe. Bilas dan toskan.
2. Dalam kuali besar, panaskan minyak. Tumis cili kisar dan bahan-bahan kisar lain hingga separa garing. Kemudian masukkan ayam, air secukup rasa, asam gelugur, gula dan garam. Kacau sebati.
3. Laraskan kepada api sederhana dan tutup dengan tudung periuk sambil sesekali kacau bahan dalam kuali.
4. Setelah ayam separa masak, masukkan santan pekat dan kacau sebati. Tutup semula dengan tudung periuk dan biarkan ayam masak.
5. Jika ayam sudah masak, laraskan rasa rendang dengan menambah lagi gula dan garam hingga dapat rasa yang diingini. Jika mahu kuah lebih, tambahkan air masak. Jangan air paip yer. Risau rendang cepat basi. Kacau sebati.
6. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit atau daun limau purut ke dalam rendang ayam. Mommy masukkan kedua-duanya. Hahaha...Aroma dia masa ni...fuhhh!!! Mengancam selera betul!

Sedia untuk dihidangkan bersama pulut kuning, nasi putih atau dimakan dengan roti putih.

Kudapan

Cucur Jagung Special

Thursday, October 26, 2017

Cucur Jagung Special

Boleh kata semua dalam Whatsapp Group sekolah menengah mommy adalah ibu bekerja. Cuma mommy dan sorang lagi jer work at home mother. Jadi, bila weekends mereka yang bekerja ni lebih rajin masuk dapur berbanding mommy. Hahahaha....weekends mommy cuti maa... Gantung periuk kuali la konon. Kadang-kadang jer masak. Tu pun kalau rajin. Selalunya beli nasi lemak daun pisang masa keluar hantar Arman ke reading class.

Okeh, weekends hari tu ntah bila lupa tarikh, macam biasa kita dalam group akan share apa kita masak, apa kita makan, pergi mana, masalah pun kita share sama-sama. Syamsiah share menu pagi dia...cucur udang. Eh, yer ker...lupa la sapa. Tapi berikutnya Fiza Fish share menu cucur jagung dia. Terliur plak nengoknya. Nak buat jam itu, jagung pun takde. So kita hold dulu.

Malam tu kita pergi pasar malam beli dinner. Sebab mommy cuti masak dan kita tak outing ke mana-mana pun. Nampak jer jagung, mommy pun beli 3 tongkol. Memang bajet nak buat cucur jer pun. So, korek la resepi dari buku Chef Hanieliza. Dalam ni mommy bagi sukatan ikut resepi chef. Tapi yang sebenornya, mommy tak ikut sukatan tu pun dan ada tambah bahan. Semua main agak-agak jer. Ikut sedap jari. Hahaha...

Nikmatnya makan cucur jagung ni masa suam-suam panas.

Cucur Jagung Special

Rujukan : Buku '1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza'


Bahan-bahan :

3 tongkol jagung
1 labu bawang besar -dicincang
3 biji cili merah -dicincang
200 gram udang basah (mommy pakai yang saiz kecil, dibuang kulit)
1 biji telur (mommy letak 2 biji)
Sedikit daun kucai -dipotong pendek-pendek
2 cawan tepung gandum (mommy lebihkan sukatan)
¼ cawan tepung beras (mommy tambah untuk rangupkan cucur jagung)
2 sdb susu pekat manis (mommy tambah untuk rasa lemak manis)
2 sdb gula (mommy tambah untuk variasi rasa pada cucur jagung)
1 sdt soda bikarbonat
1 cawan air suam (mommy agak-agak jer)
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahagian dalam bersang dan luarnya rangup!

Cara-cara :

1. Kikir isi jagung daripada tongkolnya.
2. Kecuali minyak, gaulkan kesemua bahan dalam bekas besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
4. Apabila minyak sudah panas, laraskan kepada api sederhana.
5. Kaut adunan dengan sudu dan sudukan ke dalam miyak.
6. Goreng hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak dengan tisu dapur.
8. Hidangkan dengan sos cili, sos Thai atau sos tomato.

Sedap juga dihidang dengan kuah sambal kacang.

Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Tengok jagung, cili merah, isi udang, telur dan tepung tu. Huish....!!!

Macam ni la adunan sebelum kita start goreng.
Tadaaa....tak sabar nak ngap!

Like us on Facebook

Flickr Images